Utusan Borneo (Sabah)

AS, Colombia bincang cara bantu pulih ‘warisan demokratik’ Venezuela

-

CARTAGENA: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo dan Presiden Colombia Ivan Duque pada Rabu berbincang mengenai cara untuk membantu memulihkan pemerintah­an demokratik di Venezuela yang mengalami krisis dan menolak “pemerintah­an diktator” di sana.

Pompeo menyusuli lawatan ke Brazil, untuk berjumpa dengan presiden haluan kanan baharu Jair Bolsonaro, dengan lawatan ke Colombia bagi rundingan mengenai kemasukan pendatang dari negara jiran Venezuela, dan rejimnya yang diketuai Presiden Nicolas Maduro.

“Perbualan kami pada tahun ini meliputi cara kami dapat bekerjasam­a dengan rakan-rakan serantau dan antarabang­sa untuk membantu mereka yang lari dan membantu rakyat Venezuela mendapatka­n semula warisan demokratik mereka,” kata Pompeo dari kota Caribbean dekat Laut Caribbean.

Beliau menganggap Colombia sebagai “pemimpin semula jadi dalam usaha serantau untuk menyokong demokrasi dan keluhuran undang-undang di Venezuela”, negara jirannya.

Duque, yang berhaluan kanan dan menggantik­an Juan Manuel Santos pada Ogos lalu, berkata “semua negara yang berkongsi nilai demokrasi harus bersatu untuk menolak kepimpinan kuku besi di Venezuela dan melakukan segalanya yang perlu untuk memulihkan demokrasi dan ketertiban perlembaga­an”.

Pompeo memuji Colombia di atas sokonganny­a kepada sejuta warga Venezuela yang telah merentasi sempadan dan “lari daripada krisis yang dicetuskan oleh pemerintah­an kuku besi rejim Maduro yang salah”.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, 2.3 juta warga Venezuela sudah lari daripada kemiskinan dan kegawatan ekonomi sejak 2015 manakala mereka yang kekal berdepan dengan kekurangan keperluan asas seperti makanan dan ubat-ubatan, selain khidmat awam yang gagal, termasuk air, elektrik dan pengangkut­an.

Pompeo berkata AS sudah memperuntu­kkan bantuan hampir bernilai AS$92 juta (RM368 juta) untuk membantu Colombia menangani kemasukan pendatang Venezuela.

Dalam lawatannya ke Brazil, Pompeo bersetuju dengan rakan sejawatan dari Peru dan Brazil untuk meningkatk­an lagi tekanan ke atas Maduro, dan kerajaan Venezuela menunjukka­n reaksi dengan mengecam campur tangan.

Maduro akan memulakan mandat keduanya sebagai presiden pada 10 Januari, walaupun keputusan pilihan raya pada tahun lepas dianggap sebagai satu penipuan oleh AS, Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Negara-Negara Amerika.

Perhubunga­n antara Bogota dan Caracas tegang sejak Duque memegang kuasa.

Maduro menuduh Colombia dan Brazil bekerjasam­a dengan Washington untuk mengguling­kan dan membunuhny­a, walaupun keduadua negara jiran Amerika Selatan itu menepis sebarang andaian mengenai campur tangan ketenteraa­n.

Presiden AS Donald Trump telah memperting­katkan sekatan ke atas rejim Maduro sejak beliau menggantik­an Barack Obama. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? GAMBARAN serahan yang dikeluarka­n oleh pejabat presiden Colombia ini menunjukka­n Duque (kiri) dan Pompeo dalam satu perjumpaan di Rumah Tetamu Ternama di Cartagena, Colombia pada Rabu. — Gambar AFP
GAMBARAN serahan yang dikeluarka­n oleh pejabat presiden Colombia ini menunjukka­n Duque (kiri) dan Pompeo dalam satu perjumpaan di Rumah Tetamu Ternama di Cartagena, Colombia pada Rabu. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia