Utusan Borneo (Sabah)

Penutupan kerajaan AS ‘mungkin lama’: Trump

Selagi tuntutan AS$5.6 bilion untuk membina tembok sempadan dengan Mexico tidak dipenuhi

-

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berjumpa dengan penggubal undangunda­ng terkemuka dari Parti Demokrat pada Rabu tetapi mereka gagal mencapai persetujua­n untuk menamatkan penutupan sebahagian kerajaan kerana permintaan­nya bagi berbilion dolar untuk membina tembok sempadan dengan Mexico.

Sehari sebelum ahli Demokrat mengambil alih Dewan Rakyat, Trump tidak menunjukka­n sebarang tanda akan berganjak daripada tuntutanny­a agar Kongres meluluskan AS$5.6 bilion (R M 22.4 bilion) untuk tembok selatannya yang “cantik”.

Trump mengadakan perjumpaan tertutup di Rumah Putih dengan Nancy Pelosi, ahli Demokrat yang mengambil alih jawatan speaker Dewan pada Khamis, dan Chuck Schumer, ketua minoriti Senat, tetapi tiada tanda me-nunjukkan sebarang kemajuan dalam usaha menyelesai­kan kebuntuan itu.

“Kami meminta presiden menyokong rang undangunda­ng yang kami sokong untuk membuka kerajaan,” kata Schumer. “Saya bertanya terus kepadanya, saya kata ‘Tuan Presiden, beri saya satu sebab yang baik kenapa anda harus meneruskan penutupan anda’.

“Beliau tidak dapat memberikan jawapan yang baik,” kata Schumer.

Ahli Republikan Kevin McCarthy, yang akan menjadi ketua minoriti dalam Dewan seterusnya, berkata para pemimpin Demokrat dan Republikan akan kembali ke Rumah Putih pada hari ini (Jumaat) untuk rundingan selanjutny­a.

“Ini tidak perlu dilanjutka­n dengan sangat lama,” kata McCarthy.

Namun Trump berkata beliau bersedia untuk bertahan “selama yang diperlukan” untuk mendapatka­n wang yang beliau pohon untuk tembok sempadan.

“Kita bercakap mengenai keselamata­n negara,” katanya di satu mesyuarat kabinet sebelum pertemuann­ya dengan Pelosi, Schumer dan ahli-ahli terkemuka Republikan.

“Ia adalah subjek yang terlalu penting untuk diabaikan. Saya rasa rakyat negara ini berpendapa­t saya adalah betul,” kata Trump, yang menambah ia “mungkin lama” sebelum kerajaan dibuka semula.

Pertemuan Trump dengan Pelosi dan Schumer merupakan yang pertama sejak satu pertemuan yang kesat di Pejabat Bujur bersama dua tokoh itu pada 11 Disember lepas.

Ahli Demokrat berkata tembok sempadan, salah satu janji kempen penting Trump, adalah satu usaha mengalih perhatian daripada masalah imigresen yang lebih rumit selain alat bagi Trump untuk mendapatka­n sokongan di kalangan pengundiny­a yang konservati­f.

Ketegangan itu menyebabka­n ratusan ribu pekerja persekutua­n bekerja pada waktu cuti Krismas dan Tahun Baharu – dan pada masa terdekat sehingga perjanjian dicapai.

Di tengah-tengah kebuntuan berhubung tembok, T rum p membatalka­n percutian Krismas tahunannya di Florida, sebaliknya memilih untuk terus berada di Wa-shington dan menulis siri tweet yang marah – dan selalunya mengeliruk­an.

“Kebanyakan tembok sudah diubah suai atau dibina,” tegasnya, selain dakwaan mencurigak­an bahawa Mexico akan membayar untuk tembok itu menerusi perjanjian daga-ngan baharu antara kedua-dua negara.

Jurucakap Rumah Putih Sarah Sanders menuduh ahli Demokrat enggan berkomprom­i.

“Presiden Trump membuat tawaran yang serius dengan niat baik kepada ahli Demokrat untuk membuka kerajaan, menangani krisis di sempadan kami dan melindungi semua warga Amerika,” kata Sanders.

Pelosi mencadangk­an pelan yang akan membiayai kebanyakan agensi kerajaan sehingga 30 September kecuali bagi Jabatan Keselamata­n Tanah Air, yang mengawasi keselamata­n sempadan dan hanya akan menerima pembiayaan sehingga 8 Februari.

Sanders menyifatka­n pendekatan itu sebagai “tidak dapat dimulakan kerana ia tidak membiayai keselamata­n tanah air kita atau memastikan ke-luarga Amerika selamat daripada pemerdagan­gan manusia, dadah dan jenayah”.

Calon Republik kehilangan 40 kerusi dan kuasa majoriti mereka dalam pilihan raya pertengaha­n penggal pada November lalu tetapi mereka mengekalka­n kuasa dalam Senat dengan margin tipis.

Bagaimanap­un 60 undi diperlukan untuk memajukan rang undang-undang dalam Senat yang memerlukan sokongan Demokrat.

Senator Demokrat Chris Coons dari D e lawar e mengalu alukan pertemuan bersemuka antara Trump dengan ketua Demokrat dan memberitah­u CNN beliau berharap ia akan menamatkan apa yang beliau sebut sebagai penutupan “yang sia-sia”. — AFP

 ??  ?? TRUMP (tengah) mempengeru­sikan mesyuarat Kabinet di Rumah Putih di Washington DC pada Rabu. — Gambar AFP
TRUMP (tengah) mempengeru­sikan mesyuarat Kabinet di Rumah Putih di Washington DC pada Rabu. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia