Utusan Borneo (Sabah)

Afendy, anak menang tempat ketiga boling padang tiga sepasukan antarabang­sa

Boling Padang Tiga Sepasukan Terbuka Antarabang­sa Labuan Ambang 2019

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Gandingan keluarga Affendy Tan Abdullah pemenang bersama tempat ketiga bahagian Cup (Winner Pool) Kejohanan Boling Padang Tiga Sepasukan Terbuka Antarabang­sa Labuan Ambang 2019 di Labuan Lawn Bowls Arena pada 2731 Disember lalu.

Affendy yang berganding­an dengan dua anaknya, Nursyafiqa­h Johana Affendy dan Hafiz Firdaus Affendy mewakili pasukan Solid Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS) terpaksa akur hanya menduduki tempat ketiga selepas tewas kepada AFS yang diketuai bekas pemain nombor satu dunia dari Kuala Lumpur, Safuan Said pada separuh akhir.

Safuan yang berganding­an dengan Muhammad Fitri Hashim dan Muhammad Fairus Remly mengalahka­n pasukan Affendy 17-11.

AFS kemudianny­a menjuarai kejohanan itu dengan mengalahka­n pasukan Greenfinde­r B yang dibarisi Syarindah Ja’afar, Mohammad Ikram Mohd Isa dan Abd Hakim Afif Abd Rahman pada perlawanan akhir.

Pemenang bersama tempat ketiga adalah pasukan Labuan X yang dibarisi (Mohd Syafiq Omar, Hassan Jinin dan Zainudin Che Mat) selepas tewas kepada Greenfinde­r B dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Bahagian Cup itu menawarkan hadiah wang tunai RM8,000 untuk juara dan kedua RM6,000 manakala pemenang bersama tempat ketiga masing-masing menerima RM4,000.

Empat pemenang berikutnya iaitu pasukan Savage, 3 Diamond, Greenfinde­r A dan Empire Bowls B masing-masing menerima RM2,000.

Bahagian Plate (Loser Pool) pula dijuarai pasukan Perak A (Sazali Sani, Nur Izzati Ibrahim, Nor Azzahara) dan kedua Black Bowls A (Nisa Ubin, Aryman Abd Rahman, Roslan Abd Rahman) manakala pemenang bersama tempat ketiga adalah Labuan C (Nur Atiqah Hassan, Nur Ain Nabilah Tarmizi, Nur Alyani Jamil) dan Borneo Leopard (Zulkarnaen Ag Besar, Mohd Afif Affendy, Nizam Atoh).

Bahagian Plate menawarkan hadiah RM3,000 untuk juara dan kedua RM2,000 manakala pemenang bersama tempat ketiga masing-masing menerima RM1,000.

Empat pemenang seterusnya iaitu Sepakat, Simpur Team, Tabuan Muda B dan DBKL B masing-masing menerima RM600.

 ??  ?? AFFENDY (kanan) besama dua anaknya Nursyafiqa­h (tengah) dan Hafiz menunjukka­n hadiah yang dimenangi selaku pemenang bersama tempat ketiga Kejohanan Boling Padang Tiga Sepasukan Terbuka Antarabang­sa Labuan Ambang 2019 di Labuan Lawn Bowls Arena pada 27-31 Disember lalu.
AFFENDY (kanan) besama dua anaknya Nursyafiqa­h (tengah) dan Hafiz menunjukka­n hadiah yang dimenangi selaku pemenang bersama tempat ketiga Kejohanan Boling Padang Tiga Sepasukan Terbuka Antarabang­sa Labuan Ambang 2019 di Labuan Lawn Bowls Arena pada 27-31 Disember lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia