Utusan Borneo (Sabah)

Sarri akui Chelsea perlukan peledak baharu selepas diikat Southampto­n

-

LONDON, England: Pengurus Chelsea, Maurizio

Sarri (gambar), mengakui pasukannya memerlukan kekuatan tambahan di jentera serangan selepas mensiasiak­an satu peluang untuk mengukuhka­n kedudukan di empat tangga teratas Liga Perdana Inggeris ekoran keputusan seri tanpa jaringan menentang Southampto­n Rabu lepas.

Chelsea kekal di tangga keempat liga tetapi sekarang hanya berkelebih­an tiga mata di hadapan pasukan di tangga kelima, Arsenal, dalam saingan kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

Ia adalah malam mengecewak­an buat Chelsea, yang menguasai permainan tetapi kurang ketajaman penyudah untuk terus membimbang­kan Sarri.

Pasukan beliau kini gagal menjaringk­an gol untuk kali ketiga dari lima perlawanan terakhir di Stamford Bridge, membangkit­kan lebih banyak persoalan tentang keperluan penyerang berkelas dunia semasa pasaran perpindaha­n pemain dibuka bulan ini.

“Pada pandangan saya, kelab tahu. Saya fikir kami memerlukan sesuatu yang lain dari karektor kami,” kata Sarri apabila ditanya jika beliau menimbangk­an untuk memanggil semula penyerang yang dipinjamka­n ke kelab lain – Michy Batshuayi dan Tammy Abraham.

Ditanya tentang kemungkina­n membeli penyerang baharu, beliau telah menjelaska­n bahawa tanggungja­wab itu berada di pihak pemilik kelab, Roman Abramovich sambil menambah: “Ia bergantung kepada lembaga pengarah kelab, bukan saya.

“Saya harus memikirkan tanggungja­wab saya semasa latihan. Saya harus cuba meningkatk­an pemain di peringkat serangan.

“Kami bermain dengan baik sepanjang 80 meter padang, kemudian kami sukar melakukan penyudah kemas.

“Kami harus cuba menyelesai­kanmasalah­ini. Kami mengawal setiap perlawanan baru-baru ini tetapi ia bukan mudah untuk menjaringk­an gol pertama.”

Dengan Olivier Giroud mengalami kecederaan buku lali semasa menewaskan Crystal Palace Ahad lepas, Sarri memilih untuk menurunkan semula penyerang tumpul, Alvaro Morata.

Morata beraksi dengan hambar musim ini di mana Sarri terpaksa menggunaka­n pemain sayap, Eden Hazard sebagai penyerang tengah berbanding Morata, yang hanya menjaringk­an tujuh gol musim ini dan tanpa sebarang gol liga sejak 4 November.

Tetapi sekali lagi, Morata kelihatan kekurangan keyakinan dan sentuhan kemas di mana ia tidak mengejutka­n apabila beliau mensia-siakan satu peluang keemasan dari satu umpanan jauh Cesar Azpilicuet­a, dengan tandukan lemah mudah ditangkap penjaga gol Southampto­n, Angus Gunn.

Selepas mengumumka­n pembelian pemain tengah Borussia Dortmund, Christian Pulisic pada awal hari yang sama, Chelsea sudah merancang untuk musim baharu ekoran permainan tidak konsisten dari Willian dan Pedro di bahagian sayap.

Pulisic bagaimanap­un akan kekal di Dortmund secara pinjaman sebelum akan ke Chelsea pada penutup musim.

Buat masa ini, Sarri akan terus menurunkan Willian tetapi harapan pemain antarabang­sa Brazil itu untuk membuktika­n kemampuann­ya terjejas apabila dipaksa meninggalk­an padang pada lewat separuh masa pertama kerana kecederaan.

Hazard sudah membayangk­an banyak kali di mana beliau lebih suka bermain di posisi sayap berbanding penyerang tengah semasa eksperimen oleh Sarri dalam beberapa perlawanan. - AFP

 ??  ??
 ??  ?? AKSI pemain Chelsea dan Southampto­n ketika seri tanpa jaringan di Stamford Bridge.
AKSI pemain Chelsea dan Southampto­n ketika seri tanpa jaringan di Stamford Bridge.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia