Utusan Borneo (Sabah)

RencanaHaf­al al-Quran tiga bulan, program kedua anjuran YDKMM

Program kedua anjuran YDKMM

-

PROGRAM Hafal Al-Quran Tiga Bulan menggunaka­n teknik hafalan An-Nur mampu melahirkan generasi huffaz profesiona­l yang bukan sahaja dapat menghafal kalam Allah itu, malah turut mahir dalam bidang profesiona­l seperti kejurutera­an, perubatan, dan lain-lain lagi.

Program kedua anjuran Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM) melalui program Tahfiz Integrasi An Nur itu disertai hampir 100 orang peserta lepasan SPM, STAM, degree dan Master tahun lalu dari seluruh negeri, termasuk seorang graduan dari salah sebuah universiti di Korea.

Pengarah program, Ustaz Hanif Mohd Nasaruddin berkata, program hafalan singkat itu adalah usaha untuk melahirkan generasi muda yang bukan sahaja bakal mempunyai kerjaya terbaik, malah mampu menghafal, mengamalka­n dan menyampaik­an al-Quran yang dibawanya.

Program Tahfiz Integrasi An Nur sesi yang pertama telah berjaya melahirkan seramai 25 daripada 48 orang peserta yang berjaya menghafal 30 juz dalam masa tiga bulan, dengan peserta terawal berjaya menghabisk­an hafalan dalam masa 42 hari.

Menurutnya, mereka menggunaka­n teknik hafalan An-Nur iaitu gabungan konsep teknik tadabbur dan bayangan.

“Teknik ini boleh membantu menghafal alQuran dalam masa singkat dan usaha kita di sini adalah menekankan penghafala­n al-Qutan dengan menghayati isi kandungan selain mengamalka­nnya.

“Ini adalah pendedahan dan bekalan mereka kerana apa yang kita mahu adalah ilmudunia dan akhirat yang seimbang,” katanya ketika ditemui di lokasi program di jalankan di Seri Manjung, Perak di sini.

Ustaz Hanif berkata, program yang pernah tular dengan tajuk ‘Samyang Huffaz’ ini menerima sambutan yang sangat menggalakk­an bagi kemasukan sesi kedua, iaitu 500 permohonan dari dalam dan luar negara namun mereka hanya memilih 100 peserta terbaik untuk menyertai program itu.

“Dalam tempoh program ini, setiap hari IsninSabtu adalah masa untuk mereka fokus menghafaz serta mengulang hafazan manakala ahad adalah hari untuk slot aktiviti praktikal seperti kelas bahasa, kemahiran insani dan sukarelawa­n, program neuro-linguistik (NLP) dan banyak lagi,” jelasnya.

Program sesi kedua bagi kemasukan 2019 telah dirasmikan oleh Dr Hj Mohd Hizul Azri Hj Md Noor, penasihat Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM) dengan iringan Dr Taha Mohd Omar (PU Taha) selaku ikon utama program ini.

Dr Hizul berkata, program yang berjalan bermula 29 Disember 2018 sehingga 31 Mac 2019 ini juga adalah sebagai persediaan awal sebelum peserta memasuki universiti dan pusat pengajian tinggi yang lain.

“Apabila mereka diasah menguasai al-Quran terlebih dahulu, otak mereka lebih mudah menerima ilmu lain kerana al-Quran adalah kuncu segala ilmu,” katanya.

Terkini, YDKMM mengorak selangkah ke hadapan untuk membina Kompleks Tahfiz Integrasi An Nur yang bertempat di Kg Tersusun Sri Kantan, Tronoh Perak untuk dimanfaatk­an sepenuhnya buat ummat.

 ??  ?? DARI kiri, Coach Fakhrullah Mawardi (Co-founder YDKMM), Dr Hj Mohd Hizul Azri b Hj Md Noor (Penasihat YDKMM), Dr Taha Mohd Omar (Ikon PTI), Ustaz Hanif Mohd Nasaruddin (Pengarah PTI 2.0), Ustaz Ahmad Umair Zulkefli (Pengerusi YDKMM).
DARI kiri, Coach Fakhrullah Mawardi (Co-founder YDKMM), Dr Hj Mohd Hizul Azri b Hj Md Noor (Penasihat YDKMM), Dr Taha Mohd Omar (Ikon PTI), Ustaz Hanif Mohd Nasaruddin (Pengarah PTI 2.0), Ustaz Ahmad Umair Zulkefli (Pengerusi YDKMM).
 ??  ?? MOHD Hizul Azri dalam ceramahnya sebelum majlis perasmian Program Tahfiz Integrasi An Nur 2.0.
MOHD Hizul Azri dalam ceramahnya sebelum majlis perasmian Program Tahfiz Integrasi An Nur 2.0.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia