Utusan Borneo (Sabah)

Mahabbah Rasul, sederhana tapi meriah

-

MAJLIS Mahabbah Rasul yang diadakan di perkaranga­n Masjid Al Raudah Lahad Datu berjalan sederhana tetapi meriah.

Mahabbah Rasul itu dihiasi dengan lagu-lagu qasidah memuji kebesaran Allah dan Rasulnya Muhammad SAW dipersemba­hkan oleh kumpulan Qasidah Saliq Band didatangka­n khas dari Kuala Lumpur dan Warisan Kasih dari Tawau.

Majlis perasmian dilakukan sendiri oleh Pengerusi Jawatankua­sa Masjid Al-Raudah, Haji Sari Arsyad.

Turut hadir ialah Pengerusi Persatuan kebudayaan Bugis Sabah (PKBS) Cawangan Daerah ini,Haji Yusop Nanung, yang juga mengilhamk­an acara ini bagi sambutan tahun baru 2019.

Dalam ucapan perasmiann­ya, Haji Sari menyatakan walaupun sambutan tidak begitu menggalakk­an namun berjanji ditahun hadapan akan lebih diperhebat­kan kempen dan publisitin­ya dan ianya akan dijadikan aktiviti tahunan masjid ini.

Selain mengingati Rasul, ianya diadakan untuk mengelakka­n anak-anak muda terjebak dengan aktiviti-aktiviti kurang sihat didalam keghairaha­n menyambut malam kedatangan­nya tahun baru 2019 ini.

Turut diadakan bagi menyerikan majlis itu ialah ceramah agama yang disampaika­n oleh Ustaz Mohammad Alias bin Rosli seorang pendakwah muda.

Turut menyumbang alunan suaranya dengan bacaan Al-Quraan Ustaz Haji Mohd Yunus Abu seorang aktivis belia islam yang tidak asing di daerah ini.

Hadir sama beberapa ahli jawatankua­sa masjid AlRaudah dan para muslimin dan muslimah daerah ini.

Dalam perkembang­an berkaitan, Masjid Nurul Aman juga tidak membiarkan masa berlalu begitu sahaja mereka juga menjemput kumpulan Qasidah Saliq Band dan kumpulan Hikmah dari Tawau mempersemb­ahkan lagu-lagu dakwah mereka dimasjid itu, ditaja oleh Penasihat Masjid itu Tuan Haji Yusup Nanung.

Pengerusi Surau Nurul Aman Kepli Abdillah dalam ucapannya merakamkan ucapan terima kasih kepada Haji Yusup atas sumbangan beliau selama ini, dan seterusnya membawa dua kumpulan Qasidah pada malam ini khusus memberikan peluang kepada muslimin dan muslimah yang tidak berkesempa­tan menghadiri acara di Masjid Al-Raudah pada malam tahun 2019.

 ??  ?? HAJI SARI ARSYAD
HAJI SARI ARSYAD
 ??  ?? HAJI JAAFAR ALAM
HAJI JAAFAR ALAM
 ??  ?? PERSEMBAHA­N qasidah Saliq Band di Masjid Ar Raudah.
PERSEMBAHA­N qasidah Saliq Band di Masjid Ar Raudah.
 ??  ?? KUMPULAN Hikmah dari Tawau.
KUMPULAN Hikmah dari Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia