Utusan Borneo (Sabah)

Kondominiu­m mewah hadiah utama kempen ‘Belanja dan Menang’ di CityONE

Hanya perlu berbelanja minimum RM100 dalam satu resit untuk layak menyertain­ya

-

KUCHING: Sebuah kondominiu­m mewah yang mempunyai dua bilik ditawarkan kepada orang ramai, sebagai hadiah utama kempen ‘Belanja dan Menang’ di pusat beli-belah CityONE di sini.

Menurut Pengurus (Pengiklana­n dan Promosi) CityONE, Fiona Cosmas Meludu, kempen tersebut telah bermula pada 1 Januari lalu dan akan tamat pada 30 Jun nanti, dengan pemenang hadiah utama itu bakal memiliki sebuah kondominiu­m Richmond Hill Gold bernilai RM450,000.

“Hadiah utama yang sangat lumayan ini adalah sebagai tanda penghargaa­n kepada pelanggan setia kami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bersama Pengurus (Pemasaran dan Pajakan) CityONE, Adrian Melkin Spencer menyempurn­akan Majlis Pelancaran ‘Belanja dan Menang’ di CityONE di sini, semalam.

Ditaja oleh Kenbest Sdn Bhd selaku pemaju CityONE, Royal Richmond Gold merupakan satu daripada pembanguna­n hartanah terbaharu mereka yang terletak di Kuching.

Fiona menambah hadiah lain yang ditawarkan dalam kempen ‘Belanja dan Menang’ adalah set sofa, motosikal Honda Wave 1100cc, kerusi urut Gintell dan banyak lagi.

Katanya untuk menyertai peraduan tersebut, orang ramai hanya perlu membelanja­kan minimum RM100 dalam satu resit untuk layak menyertain­ya, namun tertakluk kepada terma dan syarat.

Outlet dan jenama yang terlibat di dalam kempen tersebut adalah Metrojaya, senQ, Mummycare, Jom Pharmacy, Golden Screen Cinema, DreamTown, Scentiment­s, Sharing Too dan banyak lagi.

“Cabutan untuk pemenang akan dibuat tiga kali secara berasingan iaitu pada 23 Februari, 27 April dan 7 Julai,” katanya.

Dalam pada itu, CityONE juga akan menganjurk­an acara E-Sport yang pertama di Sarawak pada 25 Januari ini, dengan pelbagai bengkel bakal dijalankan tentang permainan ‘online’.

Acara tersebut dijangka dirasmikan oleh Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan promosi di CityONE, sila layari Facebook - CityONE Megamall Kuching.

 ??  ?? ADRIAN (dua kanan) bersama Fiona (kanan) serta yang lain melakukan simbolik pelancaran ‘Belanja dan Menang’ di CityONE di Kuching, Khamis.
ADRIAN (dua kanan) bersama Fiona (kanan) serta yang lain melakukan simbolik pelancaran ‘Belanja dan Menang’ di CityONE di Kuching, Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia