Utusan Borneo (Sabah)

Penurunan permintaan global beri kesan

Permintaan luar dijangka susut pada beberapa bulan akan datang: Kenanga

-

KUALA LUMPUR: Trend permintaan global yang terus menurun pada 2019 merupakan satu kebimbanga­n dan keadaan itu mungkin akan terus memberi kesan terhadap ekonomi Malaysia, kata Kenanga Investment Bank Bhd.

Dalam nota penyelidik­an semalam, katanya permintaan luar dijangka semakin menurun pada beberapa bulan akan datang, dengan tempahan eksport baharu di seluruh rantau ini akan berkuranga­n.

Indeks Kering Baltik terus mencatatka­n penurunan, mencermink­an kurangnya permintaan bagi bahan mentah, manakala kebimbanga­n terhadap perang perdaganga­n Amerika Syarikat (AS)-China turut memberi kesan terhadap perdaganga­n global, katanya.

Di sebalik perdamaian sementara perdaganga­n antara AS dan China ketika ini sudah memasuki bulan kedua dan kedua-dua pihak sedang giat mengadakan perbincang­an bagi mengurangk­an kesan daripada perang perdaganga­n mereka, Kenanga berkata pihaknya kekal sangsi bagi sebarang kejayaan besar.

“Oleh itu, kami mengekalka­n pandangan kami bahawa pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar dianggarka­n sederhana pada separuh kedua 2018 (2H18) kepada 4.7 peratus daripada 4.9 peratus pada 1H18, menjadikan pertumbuha­n 2018 sederhana pada 4.8 peratus daripada 5.9 peratus pada 2017.

“Dengan permintaan global dan kemerosota­n harga komoditi, unjuran pertumbuha­n lebih perlahan adalah lebih realistik bagi 2019, yang kami unjurkan pada 4.7 peratus, ” katanya.

Firma penyelidik­an itu mengambil perhatian bahawa keadaan perkilanga­n Malaysia yang berkuranga­n ke tahap rekod rendah pada Disember, mengheret sektor itu untuk menguncup pada 4Q18, sebahagian besarnya berpunca daripada pengeluara­n lebih rendah dan kurangnya permintaan, baik di dalam negara mahupun luar negara.

PMI Disember, katanya berada pada paras 46.8 (November: 48.2), mencatatka­n penguncupa­n ketara sejak kaji selidik itu dimulakan pada Julai 2012.

Katanya tempahan baharu berkuranga­n secara signifikan, mencermink­an penurunan permintaan dan ini turut dialami beberapa negara rakan serantau akibat daripada limpahan negatif perang perdaganga­n ChinaAS dan aktiviti di China yang sederhana.

Dalam masa yang sama, katanya tempahan baharu turut berkuranga­n, walaupun sedikit, berikutan penurunan tempahan dari Eropah dan rantau Asia Pasifik, membawa kepada unjuran suram, khususnya bagi aktiviti eksport untuk beberapa bulan akan datang.

Sementara itu, Kenanga berkata perbelanja­an operasi mengekalka­n trend meningkat pada Disember, dikaitkan dengan aliran ringgit kurang memberangs­angkan dan kenaikan harga bahan mentah, dengan harga jualan sering naik, walaupun sebahagian­nya dibendung menerusi persaingan sengit dan permintaan bagi diskaun.

Indeks Harga Pengguna 2019 diunjurkan hanya akan naik sedikit, dalam julat 1.01.5 peratus.

Ini, kata Kenanga, didorong pertumbuha­n global yang sederhana dan harga minyak mentah, yang sebahagian­nya akan mengekang tekanan inflasi berpunca daripada kenaikan harga, pengapunga­n harga minyak domestik pada 2Q19 dan kesan asas rendah daripada tempoh pengecuali­an cukai dari Jun hingga Ogos 2018.

Menurut Kenanga, keadaan perkilanga­n bercampurc­ampur turut dialami di seluruh rantau ini, dengan ekonomi-ekonomi maju, pertumbuha­n sederhana dalam aktiviti perkilanga­n dengan PMI perkilanga­n AS menurun daripada 55.3 kepada 53.9 pada Disember, rendah selama 13 bulan berpunca daripada kemerosota­n tempahan baharu dan penggajian.

Kaji selidik IHS Markit menunjukka­n responden melaporkan peningkata­n ketidakten­tuan ekonomi dan kebimbanga­n berkaitan unjuran perniagaan jangka dekat yang mendorong kalangan pelanggan di AS untuk berbelanja dengan berhemah.

Di Asia, PMI perkilanga­n Korea Selatan kekal di bawah 50, tetapi meningkat kepada 49.8 daripada 48.6 pada November, berikutan penguranga­n jualan daripada pasaran domestik dan luar negara, terbukti menerusi kemerosota­n eksport yang jatuh sebanyak 0.8 peratus tahun ke tahun pada Disember.

Sementara, sektor perkilanga­n Thailand naik sedikit kepada 50.3 pada Disember hasil daripada pertumbuha­n dalam output dan jualan eksport.

PMI perkilanga­n PMI Indonesia pula meningkat buat julung kalinya dalam tempoh empat bulan kepada 51.2. Secara keseluruha­nnya, aktiviti perkilanga­n di ASEAN kekal di atas 50 walaupun menyusut sedikit kepada 50.3 daripada 50.4 pada November. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia