Utusan Borneo (Sabah)

Harga runcit petroleum RON95, RON97 dan diesel turun mulai tengah malam

-

KUALA LUMPUR: Harga runcit petroleum diturunkan mulai 12 tengah malam bagi tempoh 5 Januari hingga 11 Januari 2019, kata Kementeria­n Kewangan pada Jumaat.

Bagi tempoh tersebut, harga runcit petrol RON97 diturunkan kepada RM2.23 seliter daripada RM2.50 seliter, manakala harga runcit petrol RON95 diturunkan kepada RM1.93 seliter daripada RM2.20 seliter dan diesel kepada RM2.04 daripada RM2.18 seliter.

“Kerajaan Persekutua­n akan melaksanak­an penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan bagi membolehka­n pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat, selaras dengan trend penurunan harga petroleum di pasaran dunia,” kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata penetapan harga runcit petroleum tersebut dipertimba­ng semasa Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerus­ikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 2 Jan.

“Seterusnya, harga runcit produk petroleum ini akan diselarask­an semula pada setiap minggu mengikut kaedah apungan terkawal berdasarka­n formula Mekanisme Harga Automatik (APM), sejajar trend penurunan harga minyak di pasaran dunia ketika ini,” kata Lim.

Pengumuman harga runcit akan dibuat pada hari Jumaat setiap minggu, dan berkuat kuasa mulai Sabtu hingga Jumaat.

“Harga baharu ini mengambil kira tambahan komisen atau margin pengusaha stesen minyak yang diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Jan 2019,” kata Lim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia