Utusan Borneo (Sabah)

Buka lebih banyak kaunter imigresen di Lapangan Terbang Tawau

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Lebih banyak kaunter imigresen perlu dibuka di Lapangan Terbang Tawau bagi memudahkan perjalanan pengguna, khususnya pelancong.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew berkata, banyak aduan disampaika­n kepada beliau berikutan terdapat pengunjung dari Kuala Lumpur yang terkandas di lapangan terbang itu disebabkan hanya dua daripada lapan kaunter imigresen beroperasi pada ketika itu.

“Saya telah berbincang perkara ini dengan Pengurus Lapangan Terbang Tawau Hasbi Mohd Said bersamasam­a dengan Pengurus Besar Lembaga Pelanconga­n Sabah Suzaini Sabdin Ghani.

“Bagi mengelak sebarang ketidaksel­esaan, kami berharap lebih banyak anggota imigresen akan ditempatka­n pada kaunter-kaunter sedia ada bagi melancarka­n suasana perjalanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Christina yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata, satu kejadian berlaku pada 28 Disember lalu apabila orang awam dan juga pengguna lapangan terbang itu menghantar aduan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kepada beliau.

Katanya, dalam aduan itu, mereka menjelaska­n ramai pengguna ketika itu terpaksa berbaris panjang dan lama untuk menunggu giliran mereka memasuki dewan ketibaan sebelum meninggalk­an lapangan terbang itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tawau berkata, Hasbi turut memberi jaminan akan menyediaka­n maklumat mengenai jumlah keperluan kaunter untuk ketibaan dan pelepasan di lapangan terbang itu.

Dalam pada itu, Christina turut mengingatk­an semua pengusaha pelanconga­n di Tawau untuk menaik taraf tahap kemudahan, perkhidmat­an, pengangkut­an demi keselesaan para pelancong.

“Tahun Baharu Cina hampir tiba, pelancong khususnya dari China akan datang dengan penerbanga­n sewa khas masing-masing ke sini.

“Saya bimbang barisan panjang akan terjadi di Lapangan Terbang Tawau berikutan hanya beberapa kaunter sahaja dibuka,”katanya.

Selain itu katanya, kemudahan seperti tandas juga perlu sentiasa bersih untuk memberikan jangkaan terbaik kepada pelancong yang tiba di sini nanti.

 ??  ?? SUASANA kesesakan di balai ketibaan Lapangan Terbang Tawau pada malam 28 Disember lepas.
SUASANA kesesakan di balai ketibaan Lapangan Terbang Tawau pada malam 28 Disember lepas.
 ??  ?? CHRISTINA
CHRISTINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia