Utusan Borneo (Sabah)

Ancaman Rabbies ditangani

Langkah pencegahan terus digiatkan oleh agensi penguatkua­sa

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Langkah pencegahan akan terus digiatkan di Tawau dan Lahad Datu dari ancaman penyakit Rabbies bawaan haiwan liar dari kawasan positif penyakit itu.

Penolong Pengarah Kanan Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Wilayah Tawau, Dr Lorren Adam berkata menyedari ancaman penyakit itu amat terdedah di kawasan sempadan terutama di Kalabakan dan Tungku, tumpuan operasi pemantauan akan dilaksanak­an di sana.

“Bagi daerah Kalabakan, ada kawasan jaraknya lebih kurang 30 kilometer (km) dari sempadan Sarawak dan ianya meletakkan radius 30 km itu sebagai positif Rabbies.

“Demikian juga di Pulau Sebatik yang berkongsi pulau dengan Indonesia yang juga merupakan antara kawasan positif penyakit itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kempen Penstrilan Haiwan Terbiar anjuran Persatuan Pencegahan Penganiaya­an Haiwan Sabah (SPCA) Lahad Datu, di sini, pada Jumaat.

Menurutnya, di Lahad Datu kawasan tumpuan ialah di Tanjung Labian, Tungku yang berdekatan dengan sempadan Filipina yang boleh diancam merebaknya Rabbies melalui jangkitan bawaan haiwan liar anjing, kucing dan lain-lain.

Katanya, sebagai langkah berjaga-jaga, pemeriksaa­n akan diteruskan dalam masa terdekat bermula Januari bagi menghalang menularnya penyakit itu ke Sabah.

Dr Lorren memuji usaha yang dilakukan SPCA Lahad Datu yang mengambil langkah drastik selaku Badan Bukan Kerajaan dengan membantu kerajaan memainkan peranan tersendiri mengawal penularan Rabbies ke Sabah khususnya ke Lahad Datu.

“Saya amat berharap agar aktiviti seumpama ini tidak akan terhenti di sini sebaliknya diperkemba­ngkan lagi kerana usaha murni ini amat diperlukan terutama untuk membela haiwan-haiwan terbiar tanpa tuan.

“Melalui aktiviti ini, haiwan terbiar dapat diselamatk­an dari pelbagai penyakit berjangkit seterusnya menghalang Rabbies merebak,” katanya.

Dr. Lorren turut menggesa agar SPCA Lahad Datu terus mendapat kerjasama padu masyarakat di sini dengan membantu mereka menjayakan aktiviti-aktiviti pembelaan terhadap haiwan.

Kempen yang berlangsun­g sehingga Ahad ini dijayakan dengan kehadiran dan khidmat doktor vetarinar.

Turut hadir Penolong Pengarah Perkhidmat­an Veterinar Daerah Lahad Datu Dr. Muhammad Jamil Sabu, Penaung SPCA Lahad Datu Tan Cheng Teng dan Pengerusi Lee Boon Keat.

“Menyedari ancaman penyakit itu amat terdedah di kawasan sempadan terutama di Kalabakan dan Tungku, tumpuan operasi pemantauan akan dilaksanak­an di sana. Bagi daerah Kalabakan, ada kawasan jaraknya lebih kurang 30 kilometer (km) dari sempadan Sarawak dan ianya meletakkan radius 30 km ” itu sebagai positif Rabbies. DR LORREN ADAM Penolong Pengarah Kanan Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Wilayah Tawau

 ??  ?? DR. Lorren dan Tan menyempurn­akan gimik memotong reben bagi merasmikan majlis.
DR. Lorren dan Tan menyempurn­akan gimik memotong reben bagi merasmikan majlis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia