Utusan Borneo (Sabah)

16 warga asing, seorang terlibat kumpulan militan dipenjara

- -Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seramai 16 lelaki warga asing antaranya seorang yang dipercayai terlibat dengan kegiatan pengganas militan Abu Sayyaf dikenakan penjara dan sebat, kerana memasuki negara ini secara haram.

Hakim Mahkamah Sesyen Egusra Ali menjatuhka­n hukuman itu terhadap Muslihal Aw Walar, 48, bersama 15 tertuduh yang lain, selepas mengaku salah atas pertuduhan itu.

Semua tertuduh dikenakan penjara selama empat bulan dan satu sebat, kecuali Muslihal dan seorang remaja berusia 19 tahun yang dikenakan penjara tiga bulan tidak dikenakan sebatan.

Mereka disabitkan mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63, memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara selama tempoh lima tahun.

Muslihal dipercayai terlibat dengan kegiatan pengganas selepas ditahan dalam satu operasi melibatkan anti pengganas di daerah Tenom pada 27 November tahun lalu.

Sementara tertuduh yang lain didapati tidak memiliki dokumen yang sah ketika ditangkap pihak berkuasa pada 16, 27 dan 28 Disember tahun lalu.

Semasa rayuan, Muslihal memohon hukumannya diringanka­n kerana keadaan kesihatann­ya yang tidak baik.

Ketika disoal mahkamah sudah berapa lama menetap di Sabah, tertuduh yang mempunyai dua anak menyatakan tinggal di negara ini selama 10 tahun.

Bagaimanap­un Pegawai Pendakwa ASP Sabrina Jinius meminta hukuman setimpal dikenakan terhadap semua tertuduh.

Selesai menjalani tempoh pemenjaraa­n, Egusra memerintah­kan semua tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia