Utusan Borneo (Sabah)

‘Jangan lepaskan saya’: Solskjaer

Pengurus sementara itu mahu kekal di Manchester United

-

NEWCASTLE: Ole Gunnar Solskjaer menyertai Matt Busby dalam buku rekod Manchester United (MU) ekoran kemenangan 2-0 oleh pasukannya di Newcastle pada Rabu lepas dan mengakui dia tidak mahu meninggalk­an kelab itu pada musim panas.

Pengurus sementara MU itu, yang dilantik untuk menggalas tugas sehingga akhir musim sebelum dia dijadual kembali ke kelabnya Molde di Norway, kini sudah memenangi empat perlawanan pertama yang dikendalik­annya.

Dalam sejarah MU, hanya Busby yang legenda dan ikonik sahaja yang pernah mencapai kejayaan itu dan Solskjaer meraikanny­a dengan seronok sekali bersama penyokong kelab selepas jaringan daripada Romelu Lukaku dan Marcus Rashford menjamin kemenangan.

“Saya tidak mahu meninggalk­an kelab,” kata Solskjaer apabila ditanya tentang masa depannya selepas musim ini.

“Ia adalah kumpulan pemain yang begitu hebat sekali, suasana yang amat baik. Namun ia adalah perlawanan seterusnya, perlawanan seterusnya dan saya menjalanka­n kerja saya selagi saya berada di sini.”

MU kini akan beralih

“Saya tidak mahu meninggalk­an kelab. OLE GUNNAR SOLSKJAER Pengurus sementara Manchester United

kepada cabaran yang jauh lebih sukar, bermula dengan kunjungan ke Tottenham dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) seminggu selepas Ahad ini.

Namun, mengambil kira kemenangan pada Rabu lepas, Solskjaer kelihatan seperti seorang pengurus yang menguasai permainann­ya selepas dia membuat keputusan untuk memasukkan Lukaku dan Alexis Sanchez, dua pemain terbesar yang gagal mencapai prestasi sebenar di bawah pengurus lama Jose Mourinho, selepas 63 minit.

Penjaga gol Newcastle, Martin Dubravka, gagal menangkap kemas bola daripada tendangan percuma Rashford dari jarak 25 ela dan Lukaku, dengan sentuhan pertamanya dalam perlawanan itu, menolak bola yang melantun balik ke dalam gawang dari jarak lima ela.

Perlawanan seimbang sehingga minit ke-79 apabila Newcastle, yang melancarka­n serangan untuk gol penyamaan, diperangka­p oleh serangan balas.

Lukaku menemui Sanchez yang melakukan hantaran bijak kepada Rashford di ruang kosong dan penyerang England itu menunjukka­n ketenangan yang tinggi untuk menendang bola melepasi Dubravka.

“Ia adalah ujian yang sukar,” kata Solskjaer mengenai prestasi Rashford.

“Dia disepak, dan dia dibentes, dia melakukan tandukan, dia menang, dia mengasak, dia berlari.

“Dia pasti akan menjadi pemain nombor sembilan yang cemerlang tetapi kita juga ada Rom (Lukaku), jadi kadang-kadang dia akan bermain di sebelah kanan, kadang-kadang di sebelah kiri, kadang-kadang di bahagian tengah. Dia akan bermain secukupnya.

“Namun saya rasa masanya sudah tiba untuk memasukkan Rom dan Alexis dan sudah tentulah ia adalah rembatan yang hebat oleh Marcus dan Romelu menunaikan tugasnya sebagai penyerang apabila dia menyusuli bola yang melantun balik. Jika anda berbuat begitu, anda akan menjaringk­an lima atau enam gol semusim secara percuma sebenarnya.” Kemenangan MU sepatutnya lebih bersemanga­t lagi selepas Paul Pogba meloloskan diri dalam masa kecederaan dan mengelecek penjaga gol tetapi hanya mampu menolak bola ke tepi jaring.

Namun ia tidak begitu penting pada malam Solskjaer mengurangk­an jurang kepada satu kemenangan lagi untuk menyamai rekod lima yang dimenangi Busby pada musim pertamanya sebagai pengurus kelab pada 1946-47.

“Ia akan dimasukkan ke dalam buku rekod tetapi saya tidak memikirkan­nya,” kata Solskjaer mengenai kemenangan keempatnya yang menyamai rekod.

“Saya hanya memikirkan tentang perlawanan seterusnya, kerana jika kita menang empat, kita dapat menang empat lagi bersama kelab ini, itulah cabarannya, itu adalah standard kita yang biasa.”

“Si ‘mandur’ (Alex Ferguson) dahulu pernah mencabar kami mengenai perkara itu dan apabila kami memenangi empat, kita dapat memenangi empat perlawanan seterusnya dan memikirkan tentangnya.”

Satu-satunya kebimbanga­n kecil bagi Solskjaer adalah kecederaan­yangdialam­iPogba selepas dia dikasari dengan teruk oleh pemain gantian Newcastle Jonjo Shelvey yang tidak dihukum oleh pengadil Andre Marriner.

Beberapa waktu yang meresahkan juga berlaku pada separuh masa pertama bagi Solskjaer disebabkan pertahanan yang buruk dalam beberapa ketika tetapi MU akhirnya muncul dengan kemenangan bersih tanpa dibolosi sebarang gol yang ketiga pada musim ini dan yang pertama di bawah pengurus sementara mereka. – AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia