Utusan Borneo (Sabah)

Beberapa kawasan Tanjung Penasu terjejas dibadai angin kencang

-

SIBU: Dua rumah berasingan di Rumah Jalak mengalami kerosakan struktur, manakala beberapa kediaman lain juga terjejas selepas kawasan Tanjung Penasu di sini dilanda angin kencang dan ribut petir, malam Rabu.

Kejadian kira-kira jam 9 malam itu bagaimanap­un tidak melibatkan kehilangan nyawa dan kecederaan selepas dua keluarga terbabit sempat keluar untuk menyelamat­kan diri.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Keni Jalak, 47, yang berada di rumah ketika kejadian, mendakwa melihat pusaran awan seakanakan puting beliung disusuli hujan lebat.

“Tidak lama kemudian keadaan menjadi kelam-kabut akibat angin kencang mula merobek atap bumbung.

“Saya mengarahka­n isteri saya yang sedang memasak di dapur supaya keluar secepat mungkin bersama ahli keluarga saya dari rumah sebelum perkara tidak diingini terjadi,” katanya ketika dihubungi selepas kejadian.

Katanya, kesemua ahli keluarga terpaksa meredah hujan untuk pergi ke rumah panjang berhampira­n menyelamat­kan diri.

“Lebih kurang lima minit kemudian keadaan kembali pulih dan saya serta penduduk rumah panjang yang lain pergi untuk memeriksa rumah saya yang didapati mengalami beberapa kerosakan,” katanya.

Kini berkata, ribut turut merosakkan dinding rumah, tiang kayu, cermin tingkap dan bumbung rumah diterbangk­an selain singki dapur dan mesin basuh juga terjejas.

Kini berkata, mereka sekeluarga sedang menunggu isteri menyiapkan makan malam ketika musibah itu terjadi.

 ??  ?? PENDUDUK kampung membantu membaiki bumbung rumah pengadu yang telah rosak dibadai ribut pada Khamis.
PENDUDUK kampung membantu membaiki bumbung rumah pengadu yang telah rosak dibadai ribut pada Khamis.
 ??  ?? BUMBUNG diterbangk­an angin kencang semasa kejadian.
BUMBUNG diterbangk­an angin kencang semasa kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia