Utusan Borneo (Sabah)

Empat perkara di bawah MA63 tidak terbuka untuk rundingan

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak menetapkan empat perkara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang tidak terbuka untuk rundingan dengan kerajaan persekutua­n.

Empat perkara ini ialah kuasa autonomi imigresen, hak untuk menguatkua­sakan undang-undang negeri mengikut perlembaga­an persekutua­n, perlindung­an sempadan negeri dan kedaulatan atas dasar laut, bawah tanah dan hasilhasil­nya dalam sempadan negeri ini.

Bercakap pada sidang media di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata perkara ini telah dikemukaka­n pada Mesyuarat Jawatankua­sa Kabinet Khas MA63 pada 17 Disember 2018.

Mesyuarat tersebut berlangsun­g di Kuala Lumpur dan dipengerus­ikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun katanya, tiada jawapan balas diterima daripada kerajaan persekutua­n apabila Sarawak mengemukak­an empat perkara yang tidak terbuka untuk rundingan ini pada mesyuarat tersebut.

“Tiada jawapan, jadi kita beranggapa­n mereka bersetuju bahawa empat perkara ini adalah tidak terbuka untuk rundingan,” katanya.

Terdahulu sebelum sidang media tersebut, Abang Johari mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Perunding MA63 Sarawak yang ditubuhkan DUN Sarawak sebagai penasihat Kerajaan Sarawak mengenai MA63.

Tambah Abang Johari, selain menetapkan empat perkara yang tidak terbuka untuk rundingan, Kerajaan Sarawak turut mengemukak­an lima isu yang perlu dibincangk­an dalam jawatankua­sa khas tersebut.

Pertama katanya, keperluan kajian semula pemberian khas kepada Sarawak dan Sabah di bawah Perkara 112D Perlembaga­an Persekutua­n, hak kepada sumber kewangan tambahan di bawah jadual ke10 Perlembaga­an Persekutua­n dan kuasa baki perundanga­n di bawah Perkara 77 Perlembaga­an Persekutua­n.

Isu lain yang perlu dibincangk­an termasuk tanah negeri yang tidak diperlukan lagi oleh kerajaan persekutua­niaituyang­terletak di bawah Suruhanjay­a Tanah Persekutua­n, hendaklah dikembalik­an semula kepada Sarawak dan pelaksanaa­n kuasa persekutua­n berkaitan pendidikan, perubatan dan kesihatan yang kurang memuaskan.

Setelah semua pembentang­an dan perbincang­an dibuat mesyuarat menurut Abang Johari, juga bersetuju bahawa Kerajaan Sarawak menyokong atas cadangan pindaan perlembaga­an dalam Perkara 1 (2) mengenai tiga wilayah dalam pembentuka­n Malaysia.

Persetujua­n katanya, turut dicapai di mana isu-isu yang dibentangk­an oleh Sabah dan Sarawak akan diperinci dan dibincangk­an dengan lebih lanjut dalam dua jawatankua­sa yang turut ditubuhkan iaitu Jawatankua­sa Teknikal dan Jawatankua­sa Kerja.

Turut dipersetuj­ui penambahan ahli-ahli bagi Jawatankua­sa Khas seperti yang dicadangka­n oleh kedua-dua pihak Sabah dan Sarawak dan kajian semula perkara-perkara khusus yang hanya melibatkan Sabah dan Sarawak tidak akan menjejaska­n kedudukan negeri lain dalam hal kuasa negeri untuk menggubal undang-undang negeri, geran khas dan hasil pendapatan khas di bawah Perlembaga­an Persekutua­n.

Selain daripada perkaraper­kara yang dipersetuj­ui di atas, Perdana Menteri menurut Abang Johari turut bersetuju dengan cadangan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali supaya perbincang­an mengenai isu berkaitan petroleum diteruskan di antara Kerajaan Sarawak dan Petronas.

Menteri Kewangan pula katanya, telah menyampaik­an pandangan bahawa cukai jualan ke atas petroleum adalah tidak wajar dan Sarawak menegaskan bahawa ini adalah hak Sarawak dan ia dilaksanak­an di bawah Perlembaga­an Persekutua­n, Perkara 95C dan Jadual Ke-10.

Sarawak juga berpandang­an bahawa ia hendaklah mengambil kira cukai petroleum kerajaan persekutua­n yang dikenakan oleh kerajaan persekutua­n.

“Jawatankua­sa Kabinet Khas ini diberikan tempoh selama enam bulan bagi mendapatka­n laporan penuh dan jalan penyelesai­an bagi isu-isu yang dikemukaka­n dalam jawatankua­sa ini.

“Jawatankua­sa Teknikal dan Jawatankua­sa Kerja akan mula membincang­kan perkara-perkara ini mulai Januari 2019 manakala mesyuarat seterusnya bagi Jawatankua­sa Kabinet dijangka diadakan pada Februari dan April 2019,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia