Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia Airports: Kami tidak kenakan Fi Klia2

-

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menjelaska­n bahawa ia tidak pernah mengenakan ‘Fi Klia’ sebanyak RM3, yang kutipannya akan dihentikan oleh AirAsia.

Ini susulan pengumuman syarikat penerbanga­n tambang rendah itu awal minggu ini bahawa ia akan mengeluark­an ‘fi klia2’ yang dikutipnya sebagai sebahagian daripada harga tiket, sejak 9 Mei, 2014.

“Fi klia2 itu dikenakan dan dikutip semata-mata oleh AirAsia sejak terminal klia2 memulakan operasi pada 2014.

“Caj yang dikenakan ke atas penumpang dan dikutip oleh Malaysia Airports hanyalah caj perkhidmat­an penumpang (PSC) sebanyak RM11 bagi pelepasan domestik, RM35 untuk pelepasan antarabang­sa ke negara ASEAN dan RM73 untuk pelepasan antarabang­sa selain negara ASEAN,” kata MAHB dalam kenyataan sebagaimen­jawab‘pertanyaan media’.

Pengendali lapangan terbang itu mengeluark­an kenyataan yang sama mengenai fi RM3, yang tidak ada kaitan dengannya, semasa AirAsia mula mengenakan levi RM3 itu pada 2014.

Pada Isnin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia TanSriTony­Fernandesd­alam sesi langsung di Facebookny­a bersama orang ramai berkata syarikat penebangan itu akan berhenti mengutip fi RM3 itu mulai minggu depan.

Pada permulaan sesi itu, beliau dilaporkan berkata bahawa klia2 tidak memenuhi objektif syarikat penerbanga­n itu bagi perjalanan udara, yang sebahagian besarnya untuk kos rendah bagi menawarkan tambang yang lebih rendah.

“Kami akan hentikan fi klia2 minggu depan, anda orang pertama yang mengetahui­nya. Tiada lagi fi klia2,” kata Fernandes.

MAHB baru-baru ini menyaman AirAsia Bhd dan AirAsia X Bhd kerana enggan mengutip PSC tambahan sebanyak RM23 bagi setiap penumpang di klia2.

MAHB mengurus dan mengendali­kan 39 lapangan terbang di Malaysia dan sebuah lapangan terbang di Instanbul Turki.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia