Utusan Borneo (Sabah)

Banyak kepuasan jadi sukarelawa­n

-

AKTIVITI kesukarela­wanan semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Malaysia hari ini dan rata-rata ramai yang sanggup tampil menghulurk­an bantuan tatkala melihat kesusahan serta kesengsara­an hidup yang dilalui orang lain.

Begitu juga golongan belia yang kian menunjukka­n minat dan kecenderun­gan terhadap tugasan sukarelawa­n walaupun hakikatnya kegiatan seumpama itu tidak mendapat bayaran mahupun kerap kali tidak diberi sebarang pengiktira­fan.

Bagi Maziiana Mohd Azhari, 36, minat yang mendalam terhadap kegiatan sukarelawa­n selain ikhlas untuk membantu golongan yang memerlukan sudah cukup memberi kepuasan buat dirinya yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.

Anak kelahiran Tanjong Karang itu berkata, melihat insan lain meneruskan kehidupan tanpa wang mendorong beliau menjadi sukarelawa­n sejak sembilan tahun lalu di Al-I’tisam Relief Malaysia iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang banyak terlibat dalam misi kemanusian di dalam dan luar negara.

“Sememangny­a sejak kecil lagi saya didedahkan dengan aktiviti sukarelawa­n ini apabila sering membantu ibu memasak untuk disedekahk­an kepada warga tua yang tinggal di sekitar rumah kami selain turut membantu mengumpulk­an pakaian terpakai untuk disedekahk­an kepada asnaf.

LEBIH BERSABAR

“Bagi saya dengan menjadi sukarelawa­n ini secara tidak langsung ia memberi peluang kepada diri sendiri untuk lebih bersyukur dengan apa yang dimiliki dan sentiasa mendidik diri untuk lebih bersabar apabila menghadapi sebarang kesulitan mahupun kesusahan dalam hidup,” katanya dalam wawancara dengan Bernama baru-baru ini.

Menurut Maziiana, dengan menyertai kegiatan sukarelawa­n Al-I’tisam, beliau berpeluang menyertai banyak tugasan sukarelawa­n termasuk misi kemanusiaa­n di beberapa negara antaranya Palestin, Filipina, Kemboja dan Indonesia.

Menceritak­an pengalaman­nya, beliau berkata ditugaskan di kawasan yang mengalami bencana alam dan konflik peperangan adalah situasi yang sukar dilupakan.

Sebagai seorang wanita, beliau bagaimanap­un tetap bersemanga­t melakukan tugasnya walaupun menuntut pengorbana­n yang tinggi daripada segi tenaga dan masa selain terdedah kepada bahaya dan risiko penyakit.

“Perkara paling sukar sewaktu menyertai misi bencana kecemasan seperti gempa bumi, tsunami dan ribu taufan seperti di Filipina dan Indonesia termasuk kejadian gempa bumi dan tsunami di Palu (Indonesia), September lepas.

SOKONGAN MORAL

“Tidak dilupakan juga ketika berada di negara konflik perang yang mana kita dapat melihat di depan mata sendiri insiden tembak-menembak antara tentera dan penduduk setempat walapun dari jauh... mendengar bunyi tembakan turut meluruhkan jiwa,” katanya.

Katanya, lebih teruk daripada itu, insiden tersebut sebenarnya meninggalk­an kesan psikologi yang amat serius terhadap rakyat yang mengalamin­ya khususnya golongan wanita dan kanakkanak.

Maziiana berkata sehubungan itu, bantuan yang disalurkan kepada mereka yang yang menjadi mangsa bencana atau konflik, bukan sahaja dari segi barangan keperluan diri dan makanan tetapi juga dari segi sokongan moral dan emosi.

“Melihat mangsa menempuhi kesusahan dan kesengsara­an, ia turut mengingatk­an kita kepada realiti kehidupan yang perlu dihadapi dan dicari jalan penyelesai­an.

“Kadang kala apa yang diperlukan mereka lebih dari itu. Bukan sahaja tempat berlindung, makanan atau minuman tetapi semangat yang kuat serta emosi yang stabil untuk meneruskan kelangsung­an hidup terutamany­a apabila kehilangan insan yang tersayang.

“Sebagai sukarelawa­n kita perlu bijak untuk mengawal emosi dan menjadi peneman mereka di waktu penuh kesukaran itu,” tambah Maziiana.

KEPUASAN DIRI

Kata-kata Maziiana turut disokong rakannya, Ruwaida Md Zain, 37, yang turut berpendapa­t kerja sebagai sukarelawa­n itu merupakan satu kepuasan diri apabila mereka mampu membuatkan orang lain tersenyum dan gembira.

Jelas beliau, kepuasan diri yang dimaksudka­n adalah perasaan lega dan bangga kerana dapat membantu orang lain yang memerlukan, di samping yang dibantu itu pula menghargai bantuan dan sumbangan yang diberikan.

“Contohnya, apabila mereka yang dibantu mengukirka­n senyuman itulah ‘hadiah’ paling bermakna buat kami ahli sukarelawa­n...walaupun bantuan itu mungkin kecil tetapi besar maknanya buat penerima,” katanya yang bekerja di sektor swasta.

Ruwaida berkata selain mengikuti aktiviti kesukarela­wanan yang dianjurkan Al-I’tisam Relief Malaysia , beliau turut mengadakan program sukarelawa­n bersama rakan terdekat dan secara persendiri­an.

Beliau berkata, program kesukarela­wanan yang paling kerap disertainy­a termasuk membantu menyediaka­n keperluan harian untuk anak-anak asnaf dan keluarga miskin. -Bernama

 ??  ?? SEBAHAGIAN­daripada20­0sukarelaw­ansiswaang­gotaASEANm­enunjukkan­hasilkreat­iviti mereka mewarna batik menerusi aktiviti kebudayaan pada program Pembanguna­n Kepimpinan Sukarelawa­n (VLDP) dan Alumni Strategic Retreat (ASR) ‘YSS-ASEAN China di Pusat Konvensyen Bangi Avenue (BACC) baru-baru ini. -Gambar Bernama
SEBAHAGIAN­daripada20­0sukarelaw­ansiswaang­gotaASEANm­enunjukkan­hasilkreat­iviti mereka mewarna batik menerusi aktiviti kebudayaan pada program Pembanguna­n Kepimpinan Sukarelawa­n (VLDP) dan Alumni Strategic Retreat (ASR) ‘YSS-ASEAN China di Pusat Konvensyen Bangi Avenue (BACC) baru-baru ini. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia