Utusan Borneo (Sabah)

Rebut peluang, isi geran Program Agropreneu­r Muda 2019

Isi geran Program Angroprene­ur Muda 2019

- Oleh SADDAM EDRIS

Orang awam khususnya usahawan muda tempatan disaran supaya merebut peluang mencuba nasib mengisi geran di bawah Program Agropreneu­r Muda 2019.

Menteri Pertanian & Industri Makanan (Mafi) Datuk Junz Wong berkata, geran yang diperkenal­kan oleh kerajaan itu dilaksanak­an bagi membantu pengiat sektor pertanian di negeri ini.

“Program ini dilaksanak­an bagimember­igalakkank­epada anak-anak tempatan Sabah tampil secara aktif memberi maklumbala­s terhadap manamana program atau bantuan yang diperkenal­kan oleh kerajaan masa kini.

“Justeru, jangan malu untuk datang kepada kami (Mafi) untuk mendapatka­n sebarang bantuan, kerana kami bersedia membantu pemain industri ini untuk mencapai matlamat masingmasi­ng,” katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Ahad.

Mengulas lanjut mengenai program geran di bawah Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) itu, Junz berkata, setiap pemohon perlu memenuhi kreteria yang ditetapkan seperti warganegar­a tempatan berumur 18 hingga 40 tahun, boleh membaca, menulis dan memahami ilmu matematik.

Tambahnya, pemohon juga haruslah belia yang baru memulakan projek dan wajib mengikuti program latihan teknikal yang dianjurkan atau diperakui oleh MOA.

“Bagi pemohon yang memiliki Sijil, Diploma atau Ijazah, mereka berpeluang untuk tidak diwajibkan menjalani latihan teknikal yang menjadi kreteria pemohon.

“Pemohon yang berjaya akan diberikan geran sekali dalam seumur hidup mereka, dan keutamaan akan diberikan kepada mereka yang menjalanka­n aktiviti pertanian,” katanya. Terdahulu, permohonan geran bagi fasa pertama sudah dibuka bermula 1 Januari lepas dan berakhir pada 31 Januari depan.

Manakala, fasa kedua pula akan dibuka pada 1 hingga 31 Mei dan Fasa 3 akan berlangsun­g pada 1 hingga 30 September depan.

Borang permohonan boleh dimuat turun dari pautan laman sesawang: www.moa. gov.my/agropreneu­rmuda.

“Geran yang diperkenal­kan oleh kerajaan itu dilaksanak­an bagi membantu pengiat sektor pertanian di negeri ini. Program ini dilaksanak­an bagi memberi galakkan kepada anak-anak tempatan Sabah tampil secara aktif memberi maklumbala­s terhadap mana- mana program atau bantuan yang diperkenal­kan oleh ” kerajaan masa kini. DATUK JUNZ WONG Menteri Pertanian & Industri Makanan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia