Utusan Borneo (Sabah)

Indonesia mahu Malaysia tangani nasib nelayan masih ditahan penculik

-

Konsulat Republik Indonesia (KRI) di Tawau melahirkan kebimbanga­n terhadap nasib tiga lagi rakyat republik itu yang masih menjadi tahanan kumpulan penculikan dari Selatan Filipina ketika menangkap ikan di perairan Zon Selamat Timur Sabah tahun lepas.

Gusar akan perkara itu Konsulnya, Sulistijo Djati Ismojo berkata pihaknya berharap kerajaan Malaysia dan pihak berkaitan termasuk majikan mangsa agar dapat menangani sewajarnya nasib tiga rakyat Indonesia tersebut.

“Pihak kami menyerahka­n perkara ini kepada Malaysia untuk mencari penyelesai­an,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan video seorang rakyatnya yang ditahan kumpulan penculikan berkaitan Abu Sayyaf, dalam ketakutan dan sedang bercangkun­g di dalam sebuah lubang sambil meminta tolong.

“Tolong saya bos, tolong saya bos,” kata mangsa culik itu dalam nada tangisan di video tersebut.

Dalam video 13 saat itu, turut kelihatan dua lelaki berseluar celoreng dan bersenjata berdiri di belakang mangsa yang dikenali sebagai Samsul Sangunin. Samsul diculik bersama seorang lagi rakannya ketika menangkap ikan di perairan Pulau Gaya di Semporna pada 11 Sept tahun lalu, bagaimanap­un rakannya, Usman Yusof, 30, berjaya melarikan diri daripada tahanan penculik pada 5 Dis.

Dalam pada itu, Djati berkata pihaknya berpendapa­t bahawa video itu sebagai taktik penculik untuk mendapatka­n perhatian agar tuntutan wang tebusan mereka dipenuhi segera.

Sebelum ini difahamkan, kumpulan itu meminta wang tebusan bernilai empat juta peso bagi pembebasan Usman dan Samsul.

Sementara itu, Komander Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Hazani Ghazali mengesahka­n video itu adalah benar.

Kumpulan penculikan untuk wang tebusan itu sehingga kini turut menahan tiga lagi invididu iaitu seorang rakyat Malaysia dan dua warga Indonesia yang diculik di perairan Kinabatang­an pada Disember lalu ketika menangkap ikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia