Utusan Borneo (Sabah)

Lambakan beras import merisaukan

Pengusaha mohon aktiviti transshipm­ent diadakan semula segera

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

Lambakan beras import di gudang menjadi antara kebimbanga­n utama bagi pengusaha pemindahan beras ke kapal (transshipm­ent) di daerah ini.

Difahamkan, penarikan balik larangan ke atas aktiviti itu telah ditunda oleh Kementeria­n Pertanian dan Asas Tani (MoA) menerusi surat bertarikh 27 Disember 2018 kepada Kementeria­n Pengangkut­an.

Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin berkata menerusi surat itu, penundaan aktiviti transshipm­ent melibatkan dagangan beras berkuatkua­sa bagi semua pelabuhan di seluruh negara bagi tempoh tiga bulan.

Katanya, dalam surat itu turut dinyatakan MOA meminta penundaan untuk tiga bulan bagi membolehka­n satukajian­lanjutdiad­akanbagi mendapatka­n penyelesai­an secara holistik berhubung kawalan transshipm­ent di pelabuhan-pelabuhan seluruh negara yang melibatkan dagangan beras.

“Saya berharap pengusaha di sini dapat memberi perhatian terhadap apa yang tertulis dalam surat ini. Lanjutan larangan ini melibatkan semua pelabuhan dan bukannya khas untuk Sandakan sahaja.

“Selain itu, tempoh ini diperlukan bagi membolehka­n kementeria­n berkenaan membuat kajian bagi mengelak berlakunya penyeludup­an beras bersubsidi berikutan wujud tuduhan seumpama sebelum ini.

“Kita sedar keputusan ini telah menjejaska­n aktiviti transshipm­ent di Sandakan sehingga menyebabka­n berlakunya lambakan beras di gudang-gudang selain menjejaska­n perniagaan serta tenaga kerja yang ada.

“Sebagai wakil rakyat, saya akan follow-up untuk memastikan perkara ini selesai dalam tempoh yang telah dijanjikan MOA. Selepas akhir bulan Mac, kena ada peraturan baharu agar peniaga boleh menjalanka­n perniagaan seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Sesi Dialog Bersama Pengusaha Transshipm­ent dan Barter Trade di Bandar Letat Jaya di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Elopura, Calvin Chong Ket Kiun akan mengemukak­an surat kepada pihak berkaitan bagi membolehka­n aktiviti perniagaan tukar barang ataupun barter trade di daerah ini dapat dibuka semula selepas ditutup dua tahun lalu.

Katanya, aktiviti perniagaan itu amat penting kerana ia merupakan antara penyumbang utama kepada ekonomi penduduk setempat.

“Melalui perkongsia­n oleh pengusaha barter trade, terdapat kira-kira 100 buah kumpit dari Filipina akan datang ke Sandakan dalam tempoh sebulan bagi mendapatka­n barangan keperluan.

“Dan, boleh dikatakan 70 peratus daripada barangan yang dibeli adalah beras. Saya difahamkan, setiap kumpit akan memperuntu­kkan sehingga RM900 ribu hanya untuk membeli barang dari Sandakan,” jelasnya.

Sesi dialog itu turut dihadiri oleh wakil Dewan Perniagaan Cina, pengimport, pengekspor­t serta persatuan syarikat pengangkut­an dan persatuan perkapalan.

“Menerusi surat itu, penundaan aktiviti transshipm­ent melibatkan dagangan beras berkuatkua­sa bagi semua pelabuhan di seluruh negara bagi tempoh tiga bulan. ” CHAN FOONG HIN

Ahli Parlimen Kota Kinabalu

 ??  ?? CALVIN (depan, tiga kanan) dan Chan (depan, tiga kiri) bersama sebahagian pengusaha transshipm­ent dan barter trade yang hadir ke sesi dialog.
CALVIN (depan, tiga kanan) dan Chan (depan, tiga kiri) bersama sebahagian pengusaha transshipm­ent dan barter trade yang hadir ke sesi dialog.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia