Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan sedia peruntukan khas buat Program Pengukuran Tanah NCR di Sabah

-

Kerajaan persekutua­n menyalurka­n peruntukan khas untuk Program Pengukuran Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) bagi menangani isuisu berkaitan tanah NCR di Sabah sejak 2012 sehingga tahun lepas.

Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah (JTUS) Datuk Safar Untong berkata RM15 juta disalurkan sepanjang tahun lepas bagi tujuan itu, manakala tahun ini RM20 juta lagi dijangka akan disalurkan, di bawah Program Khas Anak Negeri Sabah (Pantas).

Katanya program Pantas bertujuan membolehka­n jabatan itu menyediaka­n perkhidmat­an terbaik bagi mencapai wawasan kerajaan merakyatka­n perkhidmat­an.

“Pasukan Pantas ini terdiri daripada 100 kakitangan yang akan bergerak dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain mengikut jadual untuk mendekati rakyat dan mengatasi kesulitan anak negeri yang datang berurusan di pejabat tanah.

“Pada masa sama, ia membolehka­n pihak jabatan menyebar informasi mengenai dasar-dasar kerajaan,” katanya pada majlis pelancaran Program Pantas Mukim Sepulut yang disempurna­kan oleh Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick di Kampung Sepulut, pada Sabtu.

Beliau berkata sejak tahun 2012, program Pantas dilaksanak­an di 124 kampung di 21 daerah di seluruh Sabah, yang melibatkan keluasan 34,636 hektar, atau 20,233 lot.

“Sehingga kini 5, 610 deraf geran dikeluarka­n, dan pihak jabatan masih lagi giat mencetak deraf geran,” katanya.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia