Utusan Borneo (Sabah)

Belum ada keperluan bawa pulang rakyat Malaysia di Sudan: Saifuddin

-

Belum ada keperluan untuk mengeluark­an arahan membawa pulang rakyat Malaysia di Khartoum, Sudan, kerana keadaan di negara itu masih terkawal pada masa ini, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau seterusnya berharap pergolakan di negara itu akan berakhir dan keadaan kembali tenang dalam masa terdekat.

Beliau berkata dianggarka­n kira-kira 150 rakyat Malaysia termasuk 109 penuntut, berada di negara berkenaan dan mereka dinasihatk­an untuk mengelak daripada mengunjung­i kawasan berhampira­n lokasi bergolak tersebut.

“Kita minta supaya ibu bapa tidak bimbang dan jangan panik dengan keadaan di sana kerana laporan mutakhir daripada wakil kita di sana menyatakan keadaan masih terkawal. Memang ada penuntut di sana yang sudah kembali ke Malaysia.

“Tetapi ia secara kebetulan sekarang musim universiti bercuti dan mereka yang pulang sudah membuat perancanga­n awal untuk pulang (ke Malaysia)...bukan disebabkan keadaan bergolak,” katanya.

Saifuddin yang juga Anggota Parlimen Indera Mahkota berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Dialisis kendalian Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di Cenderawas­ih di sini, pada Sabtu.

Mengulas mengenai pertikaian ruang udara dengan Singapura ekoran pendaratan pesawat di Lapangan Terbang Seletar, Saifuddin sekali lagi menegaskan isu yang akan diberi keutamaan pada pertemuan dengan rakan sejawatnya, Vivian Balakrishn­an di negara berkenaan pada Selasa depan.

Beliau berkata Malaysia akan mengemukak­an cadangan supaya pesawat yang hendak mendarat di Lapangan Terbang Seletar melalui arah lain, dan bukannya menggunaka­n ruang udara Pasir Gudang, Johor bagi menyelesai­kan keadaan itu.

“Selain isu pendaratan di Seletar, antara isu lain akan dibincangk­an ialahperja­njianberka­itanpengur­usan ruang udara yang dimeterai dengan Singapura pada 1974, garis pelabuhan Johor dan perjanjian air yang terletak di bawah kuasa Peguam Negara. “Peguam Negara kedua-dua negara ada bertemu pada akhir tahun lalu dan pada pertemuan Selasa ini, saya berharap sekurang-kurangnya mendapat tempoh masa untuk perkara-perkara ini,” katanya.

Saifuddin menambah isu berkaitan sempadan adalah ‘urusan berpanjang­an’ yang biasa berlaku antara dua negara bersempada­n dan berharap penyelesai­an dalam situasi ‘menang-menang’ dapat dicapai oleh kedua-dua negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia