Utusan Borneo (Sabah)

Tazkirah ‘al-Quran sumber inspirasi’ di Yosh Centre

-

Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM) cawangan Sabah telah mengadakan tazkirah yang bertajuk ‘al-Quran Sumber Inspirasi’ yang diadakan di Youth of Strenght and Happiness (Yosh) Centre, Sulaman Sentral baru-baru ini.

Jemputan bagi tazkirah tersebut adalah SS Datuk Bungsu@Aziz Bin Jaafar yang juga merupakan Mufti Kerajaan Negeri Sabah.

Timbalan Pengerusi YDKMMSabah­GhafurRahi­m Mustakim yang merupakan pengasas dan penasihat utama Yosh Centre berkata, tazkirah itu merupakan salah satu aktiviti bulanan yang dilakukan di Yosh Centre selain dari Kelas Mengaji Percuma Asnaf dan Muallaf.

“Alhamdulil­lah, dengan izin Allah SWT dan sokongan dari masyarakat kami telah berjaya melaksanak­an Kelas Mengaji Percuma Asnaf dan Muallaf yang dilaksanak­an pada setiap hari Selasa untuk golongan dewasa dan hari Khamis untuk golongan kanak-kanak.

Tambahnya, tazkirah ini akan dijalankan pada minggu ke-3 setiap bulan khusus kepada pelajar-pelajar Kelas Mengaji Percuma Asnaf dan Muallaf.

Orang ramai juga dijemput hadir bagi bersama-sama mengimarah­kan serta mendengar perkongsia­n yang disampaika­n oleh para jemputan yang akan dijemput.

“Ini merupakan julung kalinya, tazkirah ini dijalankan di Yosh Centre dan kami bersyukur kerana Mufti Sabah sendiri sudi untuk meluangkan masanya datang serta memberikan tazkirah di sini,” katanya.

Dalam pengisian tazkirah, Mufti Sabah menyampaik­an bahawa al-Quran merupakan satu mukjizat yang telah diturunkan oleh Allah SWT.

“Al-Quran merupakan satu mukjizat iaitu sesuatu yang istimewa dan tidak mungkin ditukar ganti dan tidak boleh diterjemah­kan.

Ketika ditanya mengenai pandangan beliau mengenai Kelas Mengaji Percuma Asnaf dan Muallaf yang sedang dijalankan di Yosh Centre, beliau sangat menyokong dan menyeru masyarakat di luar juga turut sama menyokong usaha yang sedang dijalankan oleh YDKMM Sabah agar lebih ramai lagi yang celik al-Quran selepas ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia