Utusan Borneo (Sabah)

Borneo Hiltop Group rasmi pejabat baharu

- Oleh HAMZAH SANUDIN

Borneo Hilltop Group Sdn Bhd yang merupakan syarikat hartanah telah merasmikan pejabat baharunya di Kubota Sentral yang disempurna­kan oleh PembantuMe­nteriKewan­gan Sarifuddin Hatta, di sini pada Sabtu.

Syarikat yang diterajui oleh empat pengarah dan salah seorangnya ialah Dato Ir Lewis Chong yang merupakan jurutera awam berkanun akan membangunk­an apartment lima tingkat yang menempatka­n 210 unit rumah moden dan lengkap dengan fasiliti dan sistem keselamata­n di Batu 4 Jalan Utara Baru.

Sarifuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merotai berkata, dengan usaha syarikat ini akan memberi manfaat kepada penduduk di daerah ini untuk memiliki kediaman dengan harga yang berpatutan.

“Sayaberhar­aphargarum­ah yang akan dibangunka­n ini adalah harga mampu milik kerana memiliki rumah merupakan satu keperluan,” katanya lagi.

Menurutnya, kerajaan sangat mengalu-alukan pihak swasta dalam membangunk­an pembanguna­n di daerah ini dan dengan adanya kepakaran yang dimilik oleh syarikat ini diharap dapat membantu membangunk­an daerah Tawau.

“Memandangk­an peneraju syarikat ini adalah anak jati Tawau dan merupakan salah seorang yang banyak terlibat dalam pembanguna­n di Semenanjun­g, bolehlah menyumbang sesuatu untuk pembanguna­n daerah lahir mereka.

“Apartment yang akan dibangunka­n nanti akan menjadi ‘Trade Mark’ kepada kawasan tersebut yang kebetulan kawasan itu di dalam DUN Merotai,” katanya lagi.

Beliau juga berharap syarikat berkenaan tidak hanya membangunk­an projek ini sahaja, tetapi kepakaran syarikat ini diperlukan untuk pembanguna­n yang lain di daerah ini terutamany­a di DUN Merotai.

Presiden Majlis Perbandara­n Tawau (MPT), Alijus @ Mohd Ali Hj Sipil yang hadir sama memberi jaminan kepada setiap pemaju sekiranyas­egaladokum­endan mengikut undang-undang, pihak majlis perbandara­n akan memberikan kelulusan penempatan dengan cepat dan segera.

“MPT sangat menyokong syarikat ini dalam membangunk­an daerah ini dan akan memberikan kerjasama yang sepenuhnya sekiranya melibatkan kelulusan pihak majlis,” katanya lagi.

 ?? SARIFUDDIN diberikan penerangan berkenaan projek itu. ??
SARIFUDDIN diberikan penerangan berkenaan projek itu.
 ??  ?? KETIBAAN Sarifuddin disambut dengan persembaha­n tarian singa.
KETIBAAN Sarifuddin disambut dengan persembaha­n tarian singa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia