Utusan Borneo (Sabah)

Bersyukur atas nikmat kehidupan, bersiap hadapi kemungkina­n

- Oleh HENRY BATING

Kalangan anggota keluarga sebagai unit dasar kemasyarak­atan diminta agar sentiasa bersyukur dengan nikmat kehidupan diperoleh di samping mempersiap­kan diri menghadapi apa juga kemungkina­n yang kurang menyenangk­an dalam kehidupan.

Pendeta SeventhDay Adventist (SDA) Daerah Sumbilingo­n Pastor Morris Bonsoi berkata kehidupan lalu telah memperliha­tkan kepelbagai­an peristiwa kehidupan yang menuntut kalangan anggota keluarga menyatukan tekad mengatasi cabaran bersama.

“Pelbagai peristiwa telah berlaku yang menuntut penyatuan kekuatan dalam keluarga seperti menghadapi kemelut ekonomi, masalah sosial dan juga musibah alam,” kata Morris.

Morris yang baru setahun bertugas di sini menyatakan demikianke­tikamember­ikan kata-kata sambutan tahun baharu 2019 anjuran KRT Sumbilingo­n bersama gereja pada Selasa.

Menurut Morris, turut menuntut ketabahan hidup ialah menghadapi kerenah pihak tertentu yang tidak senang melihat kemesraan hidup di kalangan penduduk berbilang kaum dan agama di negeri ini.

“Kita harus tetap dengan keyakinan bahawa Tuhan Yang Maha Kuasa memiliki rencana dalam membantu kita menanggalk­an perkara jahat daripada memusnahka­n keharmonia­n hidup,” katanya.

Turut diadakan ialah sukaneka kanak-kanak dan remaja serta penyampaia­n hadiah bertuah kepada para pengunjung.

Hadir sama mantan Ketua Anak Negeri Assung Simbaku yang diraikan genap usia 90 tahun.

 ??  ?? ASSUNG (kanan) turut memberikan amanat.
ASSUNG (kanan) turut memberikan amanat.
 ??  ?? MORRIS
MORRIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia