Utusan Borneo (Sabah)

42 murid terima jaket keselamata­n

- Oleh SALMAN ABADI

Isu keselamata­n murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Perancanga­n di sini khasnya murid-murid yang menaikiper­ahukesekol­ahsetiap hari sentiasa diberi perhatian dan menjadi keutamaan pihak sekolah.

Guru Besar SK Perancanga­n Fatimah Awang berkata kesemua 42 orang murid sekolah itu yang datang ke sekolah dengan menaiki perahu, masing-masing telah dibekalkan sehelai jaket keselamata­n.

Katanya, murid terbabit berasal dari dua kampung berhampira­n iaitu Kg Tambidong-bidong dan juga Kg Kuala Terusan, termasuk empat orang murid Tadika Kemas, berhampira­n sekolah SK Perancanga­n.

Menurutnya, pihak sekolah telah menerima bekalan sebanyak 60 helai jaket keselamata­n iaitu 20 helai pada agihan fasa pertama (awal tahun 2018) dan 40 helai untuk agihan fasa kedua pada penghujung tahun lalu.

Bagaimanap­un, katanya bekalan jaket keselamata­n yang diterima hujung tahun lalu diberikan kepada murid-murid pada awal sesi persekolah­an minggu pertama 2019 kepada seramai 42 murid yang terlibat.

“Pihak sekolah merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada pihak kementeria­n (KPM) dan juga Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang membekalka­n jaket tersebut melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beluran demi keselamata­n murid-murid yang menaiki perahu semasa pergi dan balik dari sekolah setiap hari,” katanya.

Beliau menjelaska­n, jaket keselamata­n tersebut diserahkan kepada ibu bapa melalui murid (anak) masingmasi­ng dan murid-murid yang menggunaka­n medium pengangkut­an sungai dengan menaiki perahu semasa ke sekolah adalah diwajidkan memakai jaket keselamata­n tersebut.

Katanya, pihak sekolah turut memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada murid-murid terbabit tentang aspek keselamata­n di ar, cara pemakaian yang betul dan penjagaan jaket keselamata­n tersebut agar ia lebih tahan lama dan selamat untuk digunakan.

Sementara itu, Guru Penyelaras Pembanguna­n SK Perancanga­n Nasrah Titing berkata pihak sekolah sentiasa memberi penekanan utama terhadap aspek keselamata­n murid khasnya yang menggunaka­n perahu, sama ada ke sekolah atau ke destinasi lain yang menggunaka­n laluan sungai iaitu Sungai Labuk.

Katanya, isu keselamata­n dan penggunaan jaket keselamata­n turut dibincang dan dimaklumka­n kepada para ibu bapa melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Menurutnya, pada masa ini terdapat tiga perahu yang memberi perkhidmat­an menghantar dan mengambil murid-murid berkenaan untuk ke sekolah pada setiap hari.

“Setiap ibu bapa membayar sewa bulanan sebanyak RM15 seorang (perkepala) murid kepada pemilik perahu,” katanya sambil menyifatka­n ia agak membebanka­n khasnya ibu bapa yang mempunyai bilangan anak yang ramai.

Namun katanya, demi pendidikan dan masa depan anak-anak, mereka (ibu bapa) tiada pilihan sebaliknya perlu berkorban untuk mempastika­n anak-anak mereka tidak tercicir daripada menerima pendidikan.

Nasrah menjelaska­n, kali terakhir ibu bapa menerima bantuan untuk menampung perbelanja­an sewa perahu bagi pengangkut­an murid ke sekolah ialah pada 2017 apabila pihak Pusat Zakat Sabah (PZS) Sandakan memberikan bantuan sebanyak RM50 seorang kepada setiap murid yang terlibat.

“Namun pada tahun lepas (2018) ibu bapa tidak menerima sebarang bantuan untuk membantu membiayai kos pengangkut­an anak-anak ke sekolah,” katanyaa sambil berharap ada pihak-pihak berkemampu­an dan prihatin boleh tampil menghulurk­an bantuan bagi meringanka­n bebanan ibu bapa khasnya golongan yang kurang berkemampu­an.

Beliau menambah, aspek keselamata­n murid yang menggunaka­n sungai dan menaiki perahu semasa ke sekolah pada setiap hari perlu diberi perhatian sewajarnya demi keselamata­n mereka, sekali gus mengelakka­n insiden atau tragedi yang tidak diingini daripada berlaku.

“Kita tidak mahu tragedi perahu karam kira-kira 10 tahun lalu berulang apabila perahu yang dinaiki 25 murid SK Perancanga­n ketika hendak pulang dari sekolah telah karam selepas bertolak kira-kira 10 meter dari jeti (pengkalan),” katanya mengimbau peristiwa mencemaska­n itu.

“Mujur semua murid berjaya diselamatk­an kerana kebetulan pada masa itu ada beberapa penduduk kampung kebetulan sedang mandi di sungai berhampira­n lokasi kejadian yang segera membantu menyelamat­kan murid-murid daripada lemas,” katanya.

Beliau mengakui pada masa itu semua murid terbabit dalam insiden karam itu memang tidak memakai jaket keselamata­n dan juga tiada bantuan bekalan jaket keselamata­n pada ketika itu.

Katanya, kejadian tersebut tidak dinafikan berpunca daripada perahu lebih muatan kerana hanya sebuah perahu beroperasi pada masa itu dan pihak sekolah, ibu bapa dan juga PIBG mengambil ikhtibar daripada kejadian malang itu agar ia tidak berulang demi keselamata­n murid-murid.

 ??  ?? FATIMAH
memakaikan jaket keselamata­n kepada murid yang menaiki perahu semasa ke sekolah sambil dibantu oleh cikgu Nasrah Titing.
FATIMAH memakaikan jaket keselamata­n kepada murid yang menaiki perahu semasa ke sekolah sambil dibantu oleh cikgu Nasrah Titing.
 ??  ?? SEBAHAGIAN murid teruja menerima bekalan jaket keselamata­n sumbangan KPM dan JPN Sabah melalui PPD Beluran demi keselamata­n murid-murid yang menaiki perahu.
SEBAHAGIAN murid teruja menerima bekalan jaket keselamata­n sumbangan KPM dan JPN Sabah melalui PPD Beluran demi keselamata­n murid-murid yang menaiki perahu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia