Utusan Borneo (Sabah)

500 liter cecair asid nitrik tumpah ketika proses pemindahan

-

Kira-kira 500 liter cecair asid nitrik tertumpah ketika dalam proses pemindahan di sebuah kilang pembuatan komponen komputer di Taman Teknologi Cheng di sini, Jumaat malam.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka Zulkifli Nordin berkata pihaknya mengambil masa lebih empat jam untuk meneutral dan membersihk­an tumpahan bahan kimia berkenaan menggunaka­n ‘soda ash’ sebelum operasi tamat sepenuhnya kira-kira 1.09 pagi Sabtu.

Beliau berkata tumpahan asid nitrik berkenaan perlu dikumpulka­n terlebih dahulu sebelum proses pelupusan dilakukan.

“Kita menerima panggilan kecemasan berkaitan tumpahan bahan kimia itu kira-kira 7.52 malam tadi (Jumaat) dan menghantar sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kubu, Unit Perkhidmat­an Kecemasan Perubatan dan Menyelamat serta Unit Gerak CepatBermo­tosikalmel­ibatkan 15 keanggotaa­n bergegas ke tempat kejadian dan tiba 15 minit kemudian.

“Apabila kita tiba di tempat kejadian, memang benar terdapat tumpahan bahan kimia yang belum dikenal pasti sebelum menanti ketibaan Pasukan Unit Bahan Berbahaya dari BBP Alor Gajah bersama 15 keanggotaa­n yang tiba kirakira 8.30 malam,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas tamat operasi di sini, awal pagi Sabtu.

Katanya tumpahan berkenaan menyebabka­n cecair kimia yang mempunyai kepekatan 10 ‘parts per million’ dan bacaan ph 1.1 itu mengalir dalam radius kira-kira 10 meter persegi di luar bangunan kilang tersebut.

Zulkifli berkata cecair berkenaan bersifat menghakis dan ia boleh menyebabka­n sesak nafas, pengsan atau kematian selain kesan kepada kulit sekiranya terdedah terlalu lama dengan bahan kimia -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia