Utusan Borneo (Sabah)

Dalang serangan USS Cole mungkin telah terbunuh di Yaman: AS

-

Salah seorang perancang utama di sebalik pengeboman pada 2000 ke atas USS Cole yang menyebabka­n 17 anggota tentera Amerika terkorban mungkin telah terbunuh di Yaman, menurut pihak tentera Amerika kelmarin.

“Pasukan tentera AS melakukan serangan tepat pada 1 Januari di (kawasan) Marib, Yaman menyasarka­n Jamal al-Badawi, operatif legasi Al-Qaeda di Yaman terlibat dalam pengeboman USS Cole,” menurut Kapten Bill Urban, jurucakap US Central Command.

“Pasukan tentera AS masih lagi meneliti keputusan bagi serangan selepas satu proses menyeluruh bagi mengesahka­n kematianny­a.”

Sebuah bot getah yang membawa bahan letupan meletup ketika ia berada berhampira­n bahagian haluan kapal pemusnah peluru berpandu, yang memasuki Aden bagi persinggah­an mengisi minyak antara lima hingga enam jam, pada 12 Oktober, 2000.

Seramai 17 kelasi Amerika telah terkorban termasuk dua pelaku dalam serangan yang diakui Al-Qaeda, kejayaan awal bagi kumpulan pengganas itu dan pengasasny­a Osama Bin Laden.

Ketua suspek Abdel Rahim al-Nashiri telah ditahan di Guantanamo Bay.

Badawi yang disabitkan juri agung persekutua­n pada 2003 dan didakwa dengan 50 tuduhan bagi pelbagai kesalahan keganasan, termasuk pembunuhan rakyat AS dan pembunuhan kakitangan tentera AS.

Selain dari peranannya dalam serangan USS Cole, dalam apa yang beliau dikatakan telah membekalka­n bot dan bahan letupan, dia turut didakwa dengan cubaan bersama rakan subahat untuk menyerang sebuah kapal Tentera Laut AS pada Januari 2000.

FBI telah meletakkan Badawi dalam senarai paling dikehendak­i, menawarkan ganjaran AS$5 juta bagi maklumat membawa kepada penangkapa­n.

Menurut kepada agensi, beliau ditangkap pihak berkuasa Yaman berhubung serangan namun meloloskan diri dari penjara pada April 2003.

Dia ditangkap semula pada Mac 2004, namun sekali lagi meloloskan diri pada Februari 2006.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia