Utusan Borneo (Sabah)

Letupan di perhentian bas, lima cedera

-

Satu letupan di sebuah perhentian bas yang mencederak­an lima orang di tengah ibu negara Chile kelmarin telah dikatakan sebagai tindakan pengganas oleh pihak kerajaan.

Satu pasangan Venezuela telah dimasukkan ke hospital dengan kecederaan di bahagian muka dan kaki selepas memegang sebuah bungkusan yang mengandung­i bahan letupan di perhentian bas di dataran sibuk Vicuna Mackenna, menurut pihak berkuasa.

Sebuah kumpulan militan alam sekitar mengakui serangan tersebut dalam laman sesawangny­a.

Dua tahun lepas kumpulan itu, memperkena­lkan diri mereka sebagai ‘Individual­ists Tending to the Wild’, menyatakan mereka sebagai dalang serangan bom yang telah mencederak­an ketua syarikat gergasi perlombong­an tembaga milik negara Codelco.

Menteri Dalam Negara Andres Chadwick menyatakan pihak polis sedang menyiasat serangan sebagai jenayah pengganas dan kebenaran mengenai dakwaan kumpulan itu sedang disiasat.

“Ini merupakan tindakan yang sangat serius.

“Tiada satu pun kecederaan membahayak­an nyawa,” Chadwick memberitah­u wartawan selepas melawat mangsa yang tercedera di hospital.

“Pesakit dari Venezuela akan terus ditempatka­n di hospital dan suami beliau akan dibenarkan keluar,” menurut Luis Castillo, pegawai kanan kesihatan kerajaan.

Letupan berlaku sekitar waktu tengah hari berhampira­n kawasan sibuk Plaza Italia di tengah Santiago, dan dapat didengari sehingga beberapa blok jauhnya.

Pihak polis telah segera menutup kawasan tersebut. Gabenor wilayah Santiago Karla Rubilar pada mulanya memberitah­u wartawan bahawa empat tercedera apabila satu bahan meletup di perhentian bas, sambil menambah bahawa mangsa yang paling parah adalah wanita.

Selain daripada pasangan Venezuela, tiga orang lagi hanya mengalami kecederaan ringan.

Perhentian bas itu tidak mengalami kerosakan teruk.

Jeneral polis Enrique Monras menyatakan, bahan-bahan bagi bahan letupan adalah masih belum diketahui.

 ??  ?? ANGGOTA skuad bom polis memeriksa tempat kejadian selepas letupan di perhentian bas mencederak­an empat orang di tengah Santiago, kelmarin. — Gambar AFP
ANGGOTA skuad bom polis memeriksa tempat kejadian selepas letupan di perhentian bas mencederak­an empat orang di tengah Santiago, kelmarin. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia