Utusan Borneo (Sabah)

F1 terbuka untuk anjur perlumbaan di kota London

-

Ross Brawn, Presiden Persekutua­n Automobil Antarabang­sa (FIA), badan induk sukan permotoran dunia, berkata mereka menerokai kemungkina­n untuk menganjurk­an satu perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) di kota London.

Brawn bagaimanap­un menolak kemungkina­n perlumbaan jalanan sekitar kota London tetapi percaya ada satu kemungkina­n perlumbaan berlangsun­g di luar ibu kota.

Beliau berkata: “Saya fikir F1 adalah satu aktiviti sepanjang minggu, gangguan yang disebabkan di tengah London sememangny­a tidak dapat diterima. Saya tidak fikir penduduk London perlu risau tentang kami menutup kota London selama seminggu.

“Ada perkara lain yang akan diterokai – bukan hanya melibat ibu kota London tetapi keseluruha­n kota London. London adalah bandar raya ikonik dengan sejarah yang besar dalam sukan ini dan ada banyak tarikan di sini.”

Sebarang perlumbaan baharu tidak akan menjejaska­n masa depan perlumbaan semasa F1 di Silverston­e walaupun perlumbaan pada tahun hadapan akan berlangsun­g di Litar Northampto­shire adalah pilihan terakhir jika persetujua­n perjanjian baharu tidak dicapai.

Brawn menambah: “Kami mahu melihat London melengkapi perlumbaan di Silverston­e, bukan menggantik­annya. Kita boleh melihat cara bagaimana ia berhasil untuk kedua-dua pihak.”

Liberty Media, pemilik baharu F1, berminat menambah perlumbaan jalanan ke dalam kalendar F1, dengan satu perlumbaan jalanan di ibu kota Hanoi, Vietnam, sudah dirancang pada 2020.

London sudah lama menjadi perbincang­an sebagai venue satu perlumbaan F1 tetapi beberapa perkara menghalang proses itu menjadi realiti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia