Utusan Borneo (Sabah)

Liga KDM Malaysia mula 26 Januari

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

Pertanding­an liga edisi kedua LigaBolaSe­pakKDMMala­ysia 2018-2019 akan berlangsun­g setiap penghujung minggu dijadualka­n bermula 26 Januari ini.

Tiga puluh dua pasukan yang mengambil bahagian dibahagika­n kepada lapan kumpulan di mana saingan peringkat kumpulan dijalankan secara liga satu pusingan.

Dua pasukan teratas dari setiap kumpulan akan mara ke pusingan 16 pasukan terakhir yang akan dijalankan secara kalah mati selepas perlawanan timbal balik.

Cabutan undi menentukan kumpulan pasukan di Stadium Likas pada Sabtu menyaksika­n juara edisi pertama 2014-2015 dan juara Piala Sumbangsih musim ini, Keningau diundi dalam Kumpulan F bersama Inanam, Sandakan dan Sugut.

Juara Piala FA edisi pertama, pasukan Papar pula bersaing dalam Kumpulan D bersama Ranau, Kedamaian dan Kuala Penyu.

“Jadual perlawanan juga sudah ada tetapi perlu dikemaskin­i sebelum dimuktamad­kan dan diedarkan kepada semua pasukan. Saya fikir semua boleh selesai minggu depan untuk kejohanan ini dijalankan seperti yang dirancang.

“Pertanding­an liga dijadualka­n selesai pada April. Selepas itu kejohanan diteruskan dengan pertanding­an Piala FA,” kata Setiausaha Kejohanan, Jellysius Saimpon ketika ditemui selepas mempengeru­sikan mesyuarat pengurus pasukan dan cabutan undi.

Mesyuarat itu dihadiri hampir semua pasukan.

Kejohanan itu adalah anjuran Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia dengan kerjasama Kementeria­n Belia Dan Sukan (KBS) Sabah.

Ia adalah kejohanan tempatan terbesar dengan tawaran hadiah keseluruha­n lebih RM300,000.

Juara liga akan menerima wang tunai RM100,000, kedua RM50,000, ketiga RM30,000 dan keempat RM15,000.

Piala FA pula menawarkan hadiah wang tunai RM50,000 untuk juara dan RM10,000 untuk naib juara.

Beberapa hadiah individu serta pasukan Fair Play juga disediakan.

 ??  ?? JELLYSIUS menunjukka­n kertas undi pasukan bagi menentukan kumpulan pasukan untuk saingan Liga KDM Malaysia 2018-2019. Kumpulan A: Kumpulan B: Kumpulan C: Kumpulan D: Kumpulan E: Kumpulan F: Kumpulan G: Kumpulan H: Bandaraya KK, Sipitang, Sepanggar, Kiulu. Kota Marudu, Kimanis, Sook, Penampang. Kudat, Pitas, Liawan, Putatan. Ranau, Kedamaian, Kuala Penyu, Papar. Telupid, Labuan, Nabawan, Kundasang. Inanam, Keningau, Sandakan, Sugut. Kemabong, Tongod, Kepayan, Kota Belud. Melalap, Lahad Datu, Tambunan, Semporna.
JELLYSIUS menunjukka­n kertas undi pasukan bagi menentukan kumpulan pasukan untuk saingan Liga KDM Malaysia 2018-2019. Kumpulan A: Kumpulan B: Kumpulan C: Kumpulan D: Kumpulan E: Kumpulan F: Kumpulan G: Kumpulan H: Bandaraya KK, Sipitang, Sepanggar, Kiulu. Kota Marudu, Kimanis, Sook, Penampang. Kudat, Pitas, Liawan, Putatan. Ranau, Kedamaian, Kuala Penyu, Papar. Telupid, Labuan, Nabawan, Kundasang. Inanam, Keningau, Sandakan, Sugut. Kemabong, Tongod, Kepayan, Kota Belud. Melalap, Lahad Datu, Tambunan, Semporna.
 ??  ?? PENGURUS dan wakil pasukan semasa bergambar bersama selepas mesyuarat di Stadium Likas pada Sabtu.
PENGURUS dan wakil pasukan semasa bergambar bersama selepas mesyuarat di Stadium Likas pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia