Utusan Borneo (Sabah)

Solskjaer akan dinilai melalui gaya permainan

-

Ole Gunnar Solskjaer mencadangk­an beliau akan dinilai berdasarka­n gaya permainan berbanding trofi jika mahu mengubah jawatan pengurus sementara menjadi pengurus tetap di Manchester United.

Solskjaer, yang dilantik sebagai pengurus sementara sehingga akhir musim ini ekoran pemecatan Jose Mourinho bulan lepas, menjelaska­n bahawa beliau mahu terus kekal di Old Trafford selepas musim ini.

Bekas penyerang United itu, yang dipinjamka­n oleh kelab dari Norway, Molde, belum bercakap dengan naib pengerusi eksekutif United, Ed Woodward tentang mahu terus kekal selepas akhir musim ini.

Bagaimanap­un, beliau merasakan kunci utama kemungkina­n beliau akan terus kekal ialah menghasilk­an bola sepak menyerang yang menarik untuk mengembali­kan era kegemilang­an di bawah pengurus bekas pengurus legenda, Alex Ferguson selama 27 tahun.

Ferguson memenangi 38 kejuaraan bersama United sebelum bersara pada 2013 tetapi pasukannya juga dikenali kerana gaya bola sepak cantik, dengan ramai penyokong rasakan ia tidak berlaku pada akhir kempen Mourinho.

Solskjaer, apabila ditanya apa yang menentukan kejayaan dan meningkatk­an peluang beliau untuk diberikan jawatan secara tetap, berkata: “Jika kami menamatkan musim dan orang berkata tentang cara Manchester United bermain.

“Jika gaya kami bermain mengingatk­an skuad Sir Alex, jika ia mengingatk­an kami kepada zaman kegemilang­an.”

Solskjaer berkata beliau mahu memenangi kejuaraan musim ini tetapi mencadangk­an bahawa buat masa ini, gaya permainan adalah penting. “Ia harus bermula dengan cara kami bermain kerana anda tidak dapat mengawal keputusan,” katanya. “Anda boleh mengawal cara anda bermain.

“Dan sudah pasti ia tentang kejuaraan – jika anda boleh melangkah ke final Piala FA dan memenangi trofi, kita akan lihat apa yang akan berlaku nanti.”

Solskjaer memenangi empat perlawanan pertama beliau di United, termasuk kemenangan 2-0 di Newcastle United minggu lepas dan mengharapk­an rentak itu dikekalkan pada perlawanan lewat Piala FA menentang Reading.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia