Utusan Borneo (Sabah)

Golf Terbuka KPD tawar hadiah RM100 ribu termasuk dua kereta

-

Pertanding­an Golf Terbuka KorporasiP­embangunan­Desa (KPD) menawarkan hadiah keseluruha­n RM100,000 termasuk dua buah kereta untuk pukulan selubang (Hole-in-One).

Pertanding­an yang kembali dihidupkan selepas kali terakhir dianjurkan pada 2014 itu akan berlangsun­g di Dalit Bay Golf and Country Club, Tuaran pada 19 Januari ini.

Sehubungan dengan itu, Pengerusi KPD Honorsius Bosuin mengalu-alukan penyertaan pemain-pemain golf negeri ini.

“Kami mensasarka­n sekitar 100 penyertaan sahaja dan setakat ini sasaran itu sudah hampir tercapai. Oleh itu, mereka yang ingin menyertai diminta mengesahka­n penyertaan secepat mungkin.

“Tarikh tutup kejohanan adalah pada 12 Januari,” kata Honorsius dalam sidang media di Dalit Bay Golf and Country Club, Sabtu.

Katanya, peserta hanya dikenakan yuran penyertaan RM350 tetapi hadiah yang ditawarkan juga banyak dan lumayan.

“Hadiah untuk pemenang dan cabutan tiket bertuah sahaja sudah mencecah 75 hadiah. Peserta juga akan menerima cenderahat­i bernilai kira-kira RM100 termasukla­h bola, topi dan produk KPD.

“Oleh itu semua peserta pasti akan ada yang dibawa pulang,” katanya sambil berterima kasih kepada semua yang menyokong dan membantu menjayakan pertanding­an itu terutamany­a penaja.

Empat penaja utama adalah Fook Loi Sdn Bhd, Hotel IBIS, Sabah Sanctuary Sdn Bhd dan Keluarga Timur Sdn Bhd.

“KPD berharap melalui kejohanan ini, ia akan dapat menjana dan Kelab Desa KPD yang dianggotai oleh para pegawai dan kakitangan KPD selaku penganjur utama kejohanan ini.

“Selain itu, pertanding­an ini adalah platform untuk mempromosi­kan produkprod­uk keluaran KPD di kalangan orang ramai.

“Sebahagian hasil kutipan dari penganjura­n pertanding­an ini juga akan didermakan kepada badan kebajikan,” katanya.

Sambil itu, Timbalan Pengurus Besar KPD merangkap pengarah pertanding­an, Dr Rainal Lasumin berkata, masa teeoff adalah pada jam 7.30 pagi (shotgun) manakala format pertanding­an ialah 36 Mofified Stableford.

“Dua buah kereta untuk pukulan selubang adalah Proton Saga 1.3 cc dan Proton Iriz 1.3cc dan ianya termasuk bayaran insuran untuk setahun.

“Hadiah lain ialah untuk 20 pemenang teratas dan hadiah khas untuk kategori VVIP. Hadiah novelties pula adalah untuk `Nearest to the Pin’, Nearest to the Centre Line’, Target Pin dan Longest Drive. Ada juga hadiah untuk Bull Eyes,” katanya.

Selepas sidang media, Honorsius menerima tajaan dan simbolik tajaan daripada penaja-penaja utama.

Turut bersama pada majlis itu adalah Pengurus Besar KPD Kalimin Sahadi, Pengurus Besar Keluarga Timur Sdn Bhd Dennis Lim dan Pengarah Sabah Sanctuary John Nip.-

 ??  ?? HONORSIUS (tiga dari kiri) menerima tajaan daripada Dennis. Turut bersama ialah Samry Suhaimin (kiri) John (tiga dari kanan), Rainal (dua dari kanan) dan Dalius Gahun (kanan).
HONORSIUS (tiga dari kiri) menerima tajaan daripada Dennis. Turut bersama ialah Samry Suhaimin (kiri) John (tiga dari kanan), Rainal (dua dari kanan) dan Dalius Gahun (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia