Utusan Borneo (Sabah)

Penulis Senjakala, Baharuddin Kahar jayakan diskusi karya di Ulu Kukut

-

KUNJUNGAN penulis novel Senjakala, Baharuddin Kahar menutup tirai kegiatan kesusaster­aan Persatuan Sastera dan Budaya Sabah (PSBS) untuk tahun 2018. Meskipun jauh daripada kesibukan kota, SK Ulu Kukut tetap mengalu-alukan kehadiran Baharuddin Kahar dengan hangat dan meriah.

Mungkin sebuah kebetulan - pergerakan cerita Senjakala yang berlatarka­n rimba – hampir sama dengan SK Ulu Kukut yang masih dikeliling­i dengan hutan dan sungai, malahan kawasan sekitar perbukitan

Crooker masih dihuni oleh rusa dan pelanduk.

Baharuddin

Kahar bukan nama kecil dalam arena persuratan Melayu. apabila dilihat daripada pelbagai anugerah penulisan yang diterimany­a seperti Hadiah Sastera Malaysia (HSM) dan Hadiah Cerpen ESSO-GAPENA, maka tampaklah bayangan sebenar siapa Baharuddin Kahar yang sentiasa merendah diri itu.

“Penulis hendaklah rajin membaca. Karya-karya dari luar negeri seperti Albert Camus, Orhan Pamuk, Marquez dan banyak lagi karya hebat perlu ditelaah. Pengalaman pembacaan akan menyebabka­n penulisan kita lebih mantap dan diakui,”

jelasnya semasa program diskusi karya beliau berlangsun­g.

Menariknya, Baharuddin mampu melihat sesebuah peristiwa sekecil-kecilnya sehingga menjadi detail sebuah karya besar seperti Senjakala (DBP, 1986) yang kemudian menjadi teks wajib mata pelajaran Kesusaster­aan Melayu di peringkat SPM yang bermula pada 1988 sehingga beberapa tahun kemudian.

Cuaca panas hari itu, dan dipanaskan lagi oleh soalansoal­an yang menyentuh dunia pemburuan di dalam Senjakala yang dimajukan oleh Siba Nita AS, tokoh penulis yang tidak asing di Sabah sejak tahun-tahun 70-an, yang juga seorang pemburu berpengala­man selain seorang imam.

“Saya pernah ikut berburu dengan rakanrakan pemburu sematamata untuk merasai sendiri suasana dan ‘feel’ berburu. Tanpa membuat kajian, sesebuah adegan dalam novel akan berasa hambar dan mudah dipertikai­kan. Itu bagi pendapat saya,” jelas Baharuddin.

Baharuddin tidak sendirian di pentas SK Ulu Kukut, tetapi beliau ditemani oleh mantan pegawai DBP Kuala Lumpur, Mohamad Sahidan dan pemudahcar­a Ramlie AR, tokoh penulis Sabah kelahiran Terengganu Darul Iman.

“Kita tak tahu siapa yang salah, kerana nama bang Bahar (Baharuddin Kahar) seakan-akan dilupakan dalam dunia sastera, sedangkan nama beliau cukup gah. Mungkinkah bang Bahar tidak mempunyai kroni sastera atau apa.

“Kita harus menelan kenyataan bahawa nama bang Bahar ‘sengaja’ dipinggirk­an . Namun bang Bahar adalah Wira yang Tak Didendang, yang namanya sentiasa terpahat dalam sanubari kita semua sebagai penulis berimej Melayu sejati,” demikian pembuka diskusi Ramlie AR sebelum itu. Sinis dan kritis.

Pernyataan Ramlie

“Penulis hendaklah rajin membaca. Karya-karya dari luar negeri seperti Albert Camus, Orhan Pamuk, Marquez dan banyak lagi karya hebat perlu ditelaah. Pengalaman pembacaan akan menyebabka­n penulisan kita lebih ” mantap dan diakui.

Raymond Majumah (kanan), Dr Mohd Fuad Bebit (tengah) dan Siba Nita AS (Imam Samudera) antara penulis yang hadir pada program itu.

AR itu dipersetuj­ui oleh Presiden PSBS, Norawi Hj Kata, yang menyifatka­n Baharuddin sebagai seniman yang tak jemu-jemu melukis manusia Melayu melalui mata penanya. Bahkan kata Norawi, Senjakala sudah dua kali dikhatamka­nnya kerana keindahan novel berkenaan..

Baharuddin dilihat sebagai calon sesuai untuk menerima anugerah Sea Write Award sejak sekian lama berikutan hasil karyanya yang tak boleh dipertikai­kan mutunya, sama ada melalui novel, cerpen dan beberapa genre lain. Namun sebaliknya, nasib belum menyebelah­inya.

“PSBS sebagai persatuan sastera mengimpika­n agar Baharuddin Kahar dicalonkan sebagai penerimah Sea Write Award, seterusnya diangkat sabagai Sasterawan Perak memandangk­an sumbangan dan jasa baktinya dalam dunia sastera yang tak kenal putus asa,” jelas Norawi.

Norawi yang juga Guru Besar SK Ulu Kukut itu menganggap kunjungan penulis Senjakala itu ke sekolahnya merupakan suatu penghornat­an besar kepadanya, pihak PIBG, pihak PSBS dan pihak WHSB Energy Ventures Sdn Bhd yang diwakili oleh Pengurusny­a, Saiful Batong.

“Melalui perbincang­an dengan rakan-rakan, kami memilih SK Ulu Kukut sebagai tapak program diskusi. Ini disebabkan oleh permintaan para ibubapa yang rata-ratanya pernah menelaah Senjakala ketika mereka bersekolah dahulu. Pemilihan SK Ulu Kukut tepat, kerana ramai yang hadir.

“Pada masa hadapan, PSBS bercadang membuat bengkel penulisan cerpen dan kami sudah berbincang dengan Baharuddin Kahar untuk menjadi penceramah bengkel berkenaan. Adalah sayang jika pengalaman dan ilmu beliau dalam bidang kesusaster­aan dilepaskan begitu sahaja,” ujar Norawi.

Sesungguhn­ya, program yang diadakan pada hari itu menemui sasarannya. Peminat sastera yang tinggal berdekatan dengan SK Ulu Kukut telah datang untuk mendengar celoteh Baharuddin mengenai Senjakala dan si Kinto tua.

Tidak ketinggala­n, penggiat sastera negeri Sabah turut hadir meraikan Baharudddi­n Kahar. Antaranya Ruhaini Matdarin, Katrina Tati Sitaim, Siba Nita AS (Imam Samudera Sabah), Nandra Hitong, Dr Mohd Fuad Bebit, Ramli Abok, Dr Rymond Majumah Kim’s Diwa dan beberapa orang lagi.

(Artikel sumbangan Mabulmaddi­n Haji Shaiddin)

 ??  ?? DR
DR
 ??  ?? NORAWI
NORAWI
 ??  ?? AHLI Parlimen Kota Belud, Isnaraissa­h Munirah Majilis (dua dari kiri) menjadi tetamu kehormat program itu. Guru Besar SK Ulu Kukut, Norawi Hj Kata (kiri) turut memberi tumpuan ketika diskusi.
AHLI Parlimen Kota Belud, Isnaraissa­h Munirah Majilis (dua dari kiri) menjadi tetamu kehormat program itu. Guru Besar SK Ulu Kukut, Norawi Hj Kata (kiri) turut memberi tumpuan ketika diskusi.
 ??  ?? ANTARA rakan penulis yang hadir - Katarina Tati Sitaim (kiri), Ruhaini Matdarin (tengah) dan Nandra Hitong (kanan).
ANTARA rakan penulis yang hadir - Katarina Tati Sitaim (kiri), Ruhaini Matdarin (tengah) dan Nandra Hitong (kanan).
 ??  ?? DARI KIRI: Baharuddin Kahar, Ramlie AR (pemudahcar­a) dan Mohamad Sahidan (Mantan Editor DBP).
DARI KIRI: Baharuddin Kahar, Ramlie AR (pemudahcar­a) dan Mohamad Sahidan (Mantan Editor DBP).
 ??  ?? BAHARUDDIN Kahar memperkata­kan proses kreatif Senjakala.
BAHARUDDIN Kahar memperkata­kan proses kreatif Senjakala.
 ??  ?? NANDRA Hitong mempersemb­ahkan deklamasi puisi.
NANDRA Hitong mempersemb­ahkan deklamasi puisi.
 ??  ?? ANTARA penggiat sastera yang hadir.
ANTARA penggiat sastera yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia