Utusan Borneo (Sabah)

Puisi Minggu Ini

- Karya, SAIK DALWIS Kudat Sabah Disember 2018 Karya, SAIK DALWIS Kudat, Sabah Disember 2018 Karya, SAIK DALWIS SK Semayan Banggi September 2015 Karya, SAIK DALWIS Kudat, Sabah

TINGGAYUN SEBUAH KAPAL

ini sebuah kapal sederhana lenggok bersama kubina dari aras minda dan perkakasan tabah demi mendepani terjahan badai hari muka

kapal ini telah kuperkasak­aan dengan perisai kalis air dan terumbu karang selain sarat muatan bekal semusim pelayaran

anak-anak ini kapal yang telah kusediakan bawalah belayar menyusuri selok belok haluan namun jika isyarat ribut dan taufan itu di minda terbayang belajarlah berteduh di manapun tanjung dan teluk sebelum sampai ke daratan hijrah impian dan sebenar

ingat dalam pelayaran jangan sekali-kali kamu isytiharka­n perang

JENDELA MENGHADAP TANJUNG

keindahan maya menganjur ke halamanmu kupandang demikian sayu seakan tak tertampung kalbu meratapimu maafkan aku dari kejauhan ini sekadar mampu menitipkan salam untukmu

sebenarnya desakan naluri ingin bertemu namun kudratku terbatas dan kandas di pesisir waktu

sesungguhn­ya aku tak lagi berdaya menadah renyai-renyai airmata usiaku

CATATAN SINGKAT DARI SEMAYAN

(kala kutinggalk­an daerahmu sunyi abadi) akulah nurani yang mengajakmu ke mari

di lautan gelisah kau sembunyi di pantai ini kasih kau semai abadi

benarlah katamu sampai ke mari tak bererti kau telah sampai di sini

katamu lagi ini daerah sunyi hampir tak berpenghun­i di sini tentunya kami sahaja yang mengerti tentang pahit dan manisnya perjuangan ini

tuan jika ada dendam yang tersembuny­i jangan pendam hingga jadi bara api

mohon bukakanlah pintu dan masuki dunia kanak-kanak di sini sambil selami jiwa para pejuang ini dengan peribadi murni dan keunggulan peribadi

di sini hanya minda yang masih berfungsi radio sudah tidak berbunyi sel kering telah lama mati

JANJIKU DALAM PELAYARAN

kau pernah memberiku limpahan cahaya dari celah rimbunan pohon-pohon sengsara

ombak yang menggulung kebiruan lautan dan menjalin butiran pasir berkilauan adalah taman permainan zaman kanakku yang berlabuh kukuh di samudera ingatan

aku yang telah menempuh samudera fana ini membersihk­an asin-asin di tubuh kerdil ini sebelum merangkak pergi jauh ke tanah besar negeri kami mutiara pilihan kami abadi

selepas ini di suatu perhentian nanti akan kulukiskan segala keindahan akan kusampaika­n segala perkhabara­n

jika niat suci ini kesampaian kutunai janji bersalut intan pada suatu hari kemerdekaa­n SAIK DALWIS atau nama sebenarnya Ab Saik Bin Dalwis dilahirkan pada 29 September 1968 di Kampung Pangasaan, Pulau Banggi. Mula menulis pada akhir 1987 dalam bidang puisi. Beliau pernah memenangi Hadiah Sastera Sabah 1996/1997, 2000/2001, dan 2004/2005.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia