Utusan Borneo (Sabah)

SUPP Bukit Assek gesa rumput tinggi di tepi jalan dipotong

-

Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bukit Assek, Kaunselor Joseph Chieng menggesa pihak terbabit supaya menyelengg­ara atau memotong rumput yang tumbuh meliar di tepi jalan.

Dalam satu kenyataan medianyadi­sinipadaJu­maat, beliau berkata pihaknya menerima banyak aduan awam mengenai masalah tersebut dan memerlukan tindakan segera.

Menurutnya, masalah itu berlaku bukan sahaja jalan raya di bawah bidang kuasa Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) tetapi bidang kuasa kerajaan persekutua­n, Jabatan Kerja Raya (JKR).

“MPS memohon JKR untukmelih­atperkarai­nidan kita berharap permohonan kita itu akan mendapat perhatian mereka tanpa berlengah,” katanya.

Menurutnya, isu seperti ini turut dihadapi di Miri dan Kuching seterusnya menjadi topik hangat di sana.

“Saya tidak faham mengapa pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP) di Sibu berdiam diri mengenainy­a.

“Adalahtida­kadiljikaM­PS terpaksa mengendali­kan tugas ini di jalan-jalan di bawah bidang kuasa kerajaan persekutua­n,” jelasnya.

Beliau berkata, Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling memberitah­u kontrak pemotongan rumput perlu dikajisemu­ladandiseb­abkan kerja-kerja pemotongan November dan Disember lalu dihentikan.

Jelasnya, jika Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen mendakwa peruntukan semasa kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini menimbulka­n keraguan dalam pemberian kontrak perkara itu harus dirujuk kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis dan bukannya membantah tuduhan terhadap kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Chieng turut mengingatk­an Chong sepatutnya merasakan apa dirasakan semua rakyat Sarawak bahawa rakyat di sini tidak seharusnya diperlakuk­an secara tidak adil oleh kerajaan persekutua­n.

Menurutnya, kerajaan Pakatan Harapan (PH) sentiasa tiada pendirian dengan sering membuat ‘Uturn’dalampolis­imerekadan ini dilihat tidak baik untuk pembanguna­n negara.

Chieng sambil ditemani jentera parti turun padang memeriksa kerja pemotongan rumput di tepi jalan dan mendapati beberapa kerja kurang baik atau tidak dilakukan.

Beliau memberitah­u rumput di persimpang­an Taman Rejang dan Persiaran Brooke di sini tumbuh dengan liar dan tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia