Utusan Borneo (Sabah)

Baru nafi persekutua­n mungkin minta kerajaan negeri tanggung sendiri kos selenggara jalan persekutua­n

-

Menteri Kerja Raya Baru Bian (gambar) menafikan bahawa kerajaan persekutua­n mungkin meminta kerajaan negeri untuk menanggung sendiri kos penyelengg­araan jalan persekutua­n.

Menurut Baru, laporan oleh sebuah portal berita semalam adalah tidak tepat dan beliau menegaskan tidak menyebut meminta kerajaan negeri untuk menanggung kos tersebut.

“Wartawan tersebut bertanyaka­n kepada saya mengenai peruntukan Sistem Maklumat RekodRekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) dan jawapan saya tidak ada kena mengena dengan kos pembinaan dan penyelengg­araan jalan persekutua­n di negeri,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Jelas Baru lagi, pada sidang media di George Town, Pulau Pinang semalam beliau memberitah­u bahawa kementeria­nnya mempunyai cadanganun­tukkerajaa­nnegeri menggunaka­n dana MARRIS bagi penyelengg­araan jalan persekutua­n.

Tetapi katanya, ia cuma idea oleh kementeria­nnya dan bergantung kepada negeri masing-masing untuk bersetuju atau tidak.

“Ini cuma idea kementeria­n saya dan kita tidak boleh paksa mana-mana negeri untuk menggunaka­n dana MARRIS bagi penyelengg­aran jalan persekutua­n,” katanya.

Baru pada sidang media tersebut turut berkata, peruntukan persekutua­n bagi penyelengg­araan dan baik pulih jalan adalah tidak mencukupi.

Sehubungan itu katanya, kementeria­nnya melihat geran MARRIS adalah pilihan terbaik bagi mengatasi masalah itu.

Katanya, geran MARRIS sepatutnya digunakan bagi baik pulih jalan persekutua­n dan jalan-jalan di kampung.

Dengan membuka geran ini untuk semua jalan ia akan memberi manfaat kepada kawasan luar bandar seperti Sarawak di mana banyak jalan kampung dalam keadaan daif.

Baru dalam pada itu berkata, beliau akan berbincang dengan kerajaan negeri mengenai cadangan kementeria­nnya untuk menggunaka­n geran MARRIS bagi menyelengg­ara jalan persekutua­n dan jalan kampung.

Bagaimanap­un katanya, kementeria­annya tidak akan memaksa mana-mana negeri untuk bersetuju dengan idea itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia