Utusan Borneo (Sabah)

Empat lelaki kempunan ‘nikmati’ hasil rompakan

-

Sekumpulan lelaki kempunan untuk ‘menikmati’ hasil rompakan mereka selepas berjaya dicekup polis kurang daripada 24 jam insiden tersebut dilaporkan pada Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah ACP Ng Ah Lek berkata, empat suspek berusia lingkungan 19 hingga 32 tahun itu ditangkap di beberapa lokasi di bandar raya ini.

Menurutnya, kejayaan tersebut adalah hasil maklumat orang awan yang berjaya mengenal pasti kenderaan yang digunakan kumpulan terbabit semasa melakukan jenayah mereka.

“Hasil maklumat orang awam, anggota dari Unit Kereta Peronda Polis (MPV) berjaya mengesan kereta yang digunakan suspek di Jalan Satok.

“Bagaimanap­un, kesemua suspek berjaya melarikan diri sebaik sahaja anggota MPV berjaya menahan kereta tersebut untuk pemeriksaa­n,” kata Ng dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.

Tambahnya, pemeriksaa­n di dalam kereta tersebut berjaya menemui beberapa barang dipercayai hasil rompakan serta topeng dan senjata yang digunakan.

Terdahulu, kumpulan suspek terbabit dikatakan merompak sebuah kedai serbaneka 24 jam di Batu 3 iaitu sekitar jam 1.20 pagi Khamis.

Dalam kejadian tersebut, dua suspek bertopeng masuk ke dalam premis dengan bersenjata­kan objek tajam.

“Suspek berjaya melarikan sejumlah wang tunai dan beberapa kotak rokok pelbagai jenama,” kata Ng.

Kesemua suspek kini dalam proses permohonan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, kesemua suspek boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia