Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki dikhuatiri lemas ditelan arus BTG Rajang

-

Seorang lelaki dikhuatiri lemas setelah ditelan arus deras ketika dipercayai sedang mandi di Batang Rajang di sini, tengah hari pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, pegawai dan anggota polis dikerah ke lokasi kejadian untuk menjalanka­n siasatan selepas menerima laporan berhubung kejadian.

Serentak itu katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan petang semalam disertai anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Stanley berkata, hasil maklumat daripada saksi, mangsa terdahulu dilihat mandi di tebing sungai seorang diri.

Katanya, mangsa yang dipercayai berumur antara 20 dan 30-an dan belum dapat dipastikan identitiny­a, kemudian dilihat cuba berenang ke tengah sungai, tetapi terus tenggelam dibawa arus deras.

“Saksi tidak sempat menyelamat­kan mangsa kerana kejadian terlalu pantas sebelum menghubung­i talian kecemasan untuk bantuan menyelamat mangsa,” katanya.

Sementara itu, Pegawai APM Sibu Kapten Frankie John Jawan berkata, berdasarka­n maklumat orang awam, mangsa dilihat mandi dan berenang di lokasi kejadian.

“Setakat ini, kita belum pasti bagaimana kejadian berlaku hanya berdasarka­n maklumat orang awam yang melihat mangsa terkapai-kapai di permukaan air sebelum lenyap ditelan arus,” jelasnya.

 ??  ?? PASUKAN SAR menjalanka­n pencarian mangsa di Batang Rajang, petang Jumaat.
PASUKAN SAR menjalanka­n pencarian mangsa di Batang Rajang, petang Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia