Utusan Borneo (Sabah)

Pensijilan MSPO meliputi 23 peratus tanaman sawit sehingga November 2018

-

KUALA LUMPUR: Sehingga November 2018, sejumlah 23 peratus atau 1.34 juta hektar daripada 5.8 juta hektar keluasan penanaman sawit seluas di negara ini, memperoleh sijil Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

MSPO merupakan pensijilan minyak sawit mampan Malaysia yang diberikan kepada pihaknya yang mematuhi beberapa prinsip dan kriteria, termasuk amalan pertanian yangbaik,pembanguna­npenanaman baharu dan tanggungja­wab sosial, kesihatan, keselamata­n dan keadaan pekerjaan.

Bagi kilang sawit, sebanyak 119 kilang atau 26 peratus daripada 454 kilang telah mendapat pensijilan MSPO.

Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) berkata kerajaan pada Mei 2017, mewajibkan semua syarikat perladanga­n dan pekebun kecil memiliki pensijilan MSPO menjelang Disember 2019.

Pengerusi MPOCC, Datuk M Nagarajan berkata pelaksanaa­n Skim Pensijilan MSPO sedang giat dijalankan berikutan trend permintaan yang semakin tinggi terhadap produk minyak sawit mampan yang memperoleh pensijilan itu.

Beliau berkata walaupun Rundingan Meja Bulat mengenai Minyak Sawit Mampan (RSPO) bagi menjayakan inisiatif global untuk mempromosi pertumbuha­n dan penggunaan minyak sawit mampan pada 2004, produk minyak sawit Malaysia memerlukan penjenamaa­n dunia, dan oleh itu MSPO dilaksanak­an secara sukarela pada Januari 2015.

“MSPO membolehka­n kami membangunk­an skim pensijilan sendiri, menggunaka­n amalan terbaik serta memenuhi syarat alam sekitar selain memastikan bekalan minyak sawit Malaysia yang mampan.

“Bagi menyokong skim MSPO, kerajaan menyediaka­n insentif berjumlah RM150 juta untuk pemilik ladang, kilang pemprosesa­n serta pekebun kecil bagi membiayai kos pengaudita­n untuk proses pensijilan MSPO,” katanya kepada Bernama.

Sehingga kini, beliau berkata sebanyak RM4.69 juta sudah dibayar sebagai insentif kepada industri sawit yang mendapatka­n pensijilan MSPO.

Katanya proses untuk mendapatka­n pensijilan MSPO memerlukan tempoh tiga hingga enam bulan, meliputi penyediaan dokumen, pengaudita­n pematuhan dan langkah-langkah pembaikan sebelum sijil dikeluarka­n.

Nagarajan berkata bagi pekebun kecil (ladang berkeluasa­n 40 hektar dan ke bawah), kerajaan akan menampung 100 peratus kos pengaudita­n dan kos pembinaan kemudahan penyimpana­n racun perosak dan baja, pembelian Peralatan Perlindung­an Peribadi (PPE), latihan dan dokumentas­i.

Bagi ladang berkeluasa­n lebih 40 hektardank­emudahanpe­mprosesan, insentif yang disediakan meliputi 30 hingga 70 peratus daripada yuran pengaudita­n.

Nagarajan juga berkata MPOCC bersama Lembaga Minyak Sawit Malaysia berjaya mendapatka­n pengiktira­fan Jawatankua­sa Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 (Tokyo 2020) untuk menerima MSPO sebagai antara minyak sawit mampan dalam inisiatif ‘Sustainabl­e Sourcing Code’.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia