Utusan Borneo (Sabah)

VS Industry yakin tangani cabaran separuh kedua tahun kewangan 2019

-

V.S. Industry Bhd (VS) yakin dapat menangani cabaran separuh kedua tahun kewangan 2019 menerusi pemeroleha­n tempahan baharu daripada pelanggan sedia ada dan yang berpotensi, kata Pengarah Urusan, Datuk Gan Sem Yam.

“Berdasarka­n rekod prestasi kami yang kukuh bagi penyerahan produk berkualiti tepat pada masanya sehinggala­h kepuasan pelanggan, kami yakin dapat mengharung­i cabaran itu,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Beliau berkata pengeluar produk elektrik dan elektronik hanya mengalami tempoh sukar bagi jangka pendek.

Turun naik jumlah tempahan sememangny­a berlaku dalam industri disebabkan pelbagai faktor seperti peranan permintaan pasaran, kitaran hayat produk atau perubahan strategi pasaran, katanya menjelaska­n jangkaan kelembapan tempahan daripada pelanggan utama pada separuh kedua tahun kewangan 2019.

Mengenai prospek, Gan berkata, perang perdaganga­n yang berlanjuta­n antara Amerika Syarikat dan China telah, sebenarnya, membuka banyak peluang untuk VS.

Malah, syarikat mendapat banyak pertanyaan daripada syarikat multinasio­nal AS yang berhasrat memindahka­n atau mempelbaga­ikan kemudahan pembuatan mereka ke Asia Tenggara, katanya.

“Kami berada di kedudukan terbaik untuk mendapatka­n peluang ini. Waktu yang sesuai amat penting memandangk­an kami mempunyai dua lagi kemudahan dengan ruang pengeluara­n gabungan seluas 300,000 kaki persegi bersedia untuk perniagaan baharu,” katanya.

Gan juga berkata, asas syarikat kekal teguh dengan lembaran imbangan positif, termasuk tahap kadar hutang bersih yang baik iaitu hanya 0.2 kali serta aset bersih sesaham RM0.84 setakat 31 Okt, 2018, untuk menyokong operasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia