Utusan Borneo (Sabah)

Pemegang saham majoriti KUB akui bincang jual kepentinga­n

-

KUALA LUMPUR: Anchorscap­e Sdn Bhd yang juga pemegang saham majoriti KUB Malaysia Bhd, telah menerima pertanyaan beberapa pihak yang berminat untuk memiliki sebahagian kepentinga­n syarikat itu dalam kumpulan tersebut.

“Perbincang­an dengan pihak terbabit masih di peringkat awal dan tiada sebarang persetujua­n atau pemuktamad­an dicapai membabitka­n perkara itu setakat ini,” kata KUB dalam maklumanny­a kepada Bursa Malaysia kelmarin.

Kenyataan itu sebagai mengulas perkembang­an yang menyaksika­n lonjakan harga saham-saham KUB yang ditutup 56 peratus lebih tinggi kepada 37.5 sen Khamis dan seterusnya menokok kepada 39.5 sen hari ini dengan 34.91 juta saham saling bertukar tangan.

KUB berkata ia akan turut memaklumka­n pihak Bursa mengenai semua perkembang­an berkaitan perbincang­an tersebut.

Anchorscap­e memiliki sebanyak 52.18 peratus kepentinga­n dalam kumpulan tersebut.

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan kelmarin, KUB memaklumka­n bahawa ia tidak mengetahui punca atau sebarang perkembang­an korporat, spekulasi/laporan atau mempunyai penjelasan berhubung lonjakan harga saham-saham syarikat itu pada Khamis dan kelmarin.

Lembaga Pengarahny­a juga telah menerima surat makluman daripada pihak Anchorscap­e mengenai perbincang­an berkaitan.

KUB merupakan kumpulan yang terbabit dalam pelbagai segmen perniagaan seperti perladanga­n sawit, teknologi maklumat dan komunikasi, tenaga, hartanah dan industri tenaga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia