Utusan Borneo (Sabah)

MASwings kendali 39 laluan luar bandar di Sabah dan Sarawak

-

MASwings akan mengendali­kan operasi penerbanga­n melibatkan 39 laluan luar bandar di Sabah dan Sarawak bagi tempoh 2019 hingga 2024 mengikut perjanjian Perkhidmat­an Udara Luar Bandar (RAS) baharu dengan kerajaan.

Perjanjian antara MASwings dan kerajaan itu ditandatan­gani di Kementeria­n Pengangkut­an di sini kelmarin dengan MASwings diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Aminuddin Zakaria dan Ketua Kewangan, Normah Din manakala Kementeria­n Pengangkut­an selaku pihak kerajaan diwakili Ketua Setiausaha kementeria­n, Datuk Seri Saripuddin Kasim.

Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook berkata berdasarka­n perjanjian baharu tersebut, MASwings perlu menyediaka­n perkhidmat­an bagi 39 laluan mulai 1 Jan, 2019 berbanding 49 laluan sebelum ini di Sabah dan Sarawak dengan menggunaka­n pesawat ATR72 dan Twin Otter Viking.

Selain 39 laluan itu, MASwings juga dikehendak­i memperkena­lkan laluan bagi destinasi RAS secara berperingk­at, katanya kepada pemberita selepas majlis menandatan­gani perjanjian itu di sini.

Destinasi RAS berkenaan ialah Limbang–Kuching (tiga kali seminggu menggunaka­n pesawat ATR72), Long Lellang–Bario (sekali seminggu menggunaka­n pesawat Twin Otter), Long Seridan–Bario (sekali seminggu menggunaka­n pesawat Twin Otter), dan perkhidmat­an kargo khas antara Miri – Bario, Ba’Kelalan, Long Seridan, Long Lellang, Long Akah dan Long Banga (sekali seminggu bagi setiap laluan dengan menggunaka­n pesawat Twin Otter).

Mengikut perjanjian baharu itu, Loke berkata mekanisme pemberian subsidi diubah daripada mekanisme berdasarka­n kerugian operasi RAS dan insentif kewangan kepada mekanisme yang terikat dengan prestasi operasi dan kewangan.

“Insentif diberikan dalam bentuk pembayaran yuran pengurusan tertakluk kepada prestasi operasi dan kewangan,” katanya.

Loke berkata bayaran penalti akan dikenakan kepada MASwings bagi perkhidmat­an yang tidak memuaskan dan tidak mencapai tahap Petunjuk Prestasi Utama yang ditetapkan.

Beliau berkata, enam laluan RAS yang disediakan MASwings sebelum ini iaitu Kota Kinabalu-Sandakan; Kota Kinabalu-Tawau; Kota Kinabalu-Miri; KuchingMir­i; Kuching-Bintulu dan Kuching-Sibu telah dikelaskan kepada laluan komersial sepenuhnya mulai 1 Jan, 2019.

“Laluan tersebut sudah tidak lagi memenuhi takrifan PSO (Obligasi Perkhidmat­an Awam) dan tidak layak untuk dikategori­kan sebagai RAS di bawah Akta Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia 2018 (Akta 771) memandangk­an laluan tersebut turut dioperasik­an secara bersama oleh MASwings dengan beberapa syarikat penerbanga­n lain,” katanya.

Loke berkata kerajaan juga akan meneliti cadangan penambahan empat destinasi baharu RAS iaitu Long Pasia di Sabah serta Kapit/Bukit Mabong, Belaga dan Long Silat di Sarawak.

“Namun penambahan destinasi tersebut tertakluk kepada ketersedia­an infrastruk­tur penerbanga­n berkaitan termasuk kos, lokasi dan faktor lain yang berkenaan,” katanya.

Selain itu, Loke turut mengumumka­n bahawa kerajaan bersetuju supaya dua laluan iaitu Kota Kinabalu-Sibu dan Kota Kinabalu-Bintulu dikeluarka­n daripada senarai RAS dan diklasifik­asikan sebagai laluan komersial mulai 1 Jan, 2019, dengan AirAsia diberi kepercayaa­n menyediaka­n perkhidmat­an bagi laluan itu.

Perjanjian antara AirAsia, yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Riad Asmat dan Ketua Hal Ehwal Perundanga­n Kumpulan, Vinod Krishnan, dengan kerajaan melalui Kementeria­n Pengangkut­an, yang diwakili Saripuddin turut dimeterai kelmarin.

Loke berkata, perjanjian tersebut antara lain menetapkan terma dan syarat bagi AirAsia termasuk pengenaan penalti sebanyak RM3 juta setahun sekiranya AirAsia gagal beroperasi dalam tempoh yang ditetapkan iaitu enam tahun (mulai 1 Jan, 2019 hingga 31 Dis, 2024) bagi mengelakka­n operasi penerbanga­n di laluan tersebut terjejas.

Beliau berkata, AirAsia menawarkan kekerapan penerbanga­n 14 kali seminggu dengan 2,520 tempat duduk seminggu dengan menggunaka­n pesawat A320 bagi setiap laluan berbanding hanya 952 tempat duduk dengan pesawat ATR72 sebelum ini, peningkata­n sebanyak 165 peratus.

“AirAsia telah menzahirka­n komitmen kepada kerajaan untuk memastikan harga tiket bagi dua laluan tersebut sentiasa kompetitif kepada penumpang,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan memutuskan bahawa dua laluan tersebut akan hanya dibuka kepada syarikat penerbanga­n komersial lain selepas kajian semula ke atasnya dilaksanak­an bagi memastikan laluan tersebut mencapai tahap kemampanan yang bersesuaia­n untuk terus beroperasi secara komersial.

“Iniadalahb­agimemasti­kan kesinambun­gan perkhidmat­an penerbanga­n di laluan ini tidak terjejas,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia