Utusan Borneo (Sabah)

MANGSA CULIK MINTA TOLONG

Polis masih siasat video didakwa daripada kumpulan Abu Sayyaf

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

Seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai mangsa culik kumpulan Abu Sayyaf di Perairan Pulau Gaya Semporna 11 September tahun lalu dilihat menangis dan berteriak meminta pertolonga­n dalam satu rakaman video.

Dalam video terbabit mangsa dipercayai Samsul Sangunin dilihat dalam keadaan melutut dan digari merayu mengatakan ‘tolong saya boss, tolong saya boss, tolong saya...’ beberapa

kali.

Video yang didakwa daripada kumpulan penculik Abu Sayyaf dihantar kepada pemilik bot dengan tujuan menuntut wang tebusan agar mangsa dibebaskan.

Sumber bagaimanap­un mengatakan belum ada sebarang pengesahan berkenaan video terbabit dan pihak berkuasa termasuk pasukan polis masih menjalanka­n siasatan rapi bersama rakan sejawat di negara jiran.

Samsul bersama seorang lagi rakannya yang juga anak kapal warga Indonesia Usman Yusof, 30, diculik kumpulan penjenayah selepas serangan tembakan di Perairan Pulau Gaya Semporna pada 11 September tahun lalu.

Usman bagaimanap­un berjaya melarikan diri daripada kumpulan penculik terbabit pada 5 Disember sebelum pulang ke pangkuan keluargany­a di Indonesia.

Difahamkan Samsul kini dalam tahanan culik bersama tiga lagi mangsa lain yang diculik di perairan Pegasus Reef Kinabatang­an awal Disember tahun lalu.

Kumpulan penculik itu turut didakwa meminta wang tebusan sebanyak 4 juta peso bersamaan RM400,000 bagi membebaska­n mangsa culik terbabit.

 ??  ?? RAKAMAN diambil daripada paparan video menunjukka­n Samsul menangis meminta pertolonga­n kepada majikannya.
RAKAMAN diambil daripada paparan video menunjukka­n Samsul menangis meminta pertolonga­n kepada majikannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia