Utusan Borneo (Sabah)

Ambil perhatian penyakit buah pinggang

Kerana ia membebanka­n dari segi kos rawatan

- Oleh YAP SIONG HAN

Penduduk Malaysia khususnya Sabah perlu sedar bahawa kegagalan buah pinggang berfungsi adalah sejenis penyakit yang sangat membebanka­n terutamany­a kepada golongan berpendapa­tan rendah.

PakarPerun­dingPeruba­tan Nefrologi Dr Kenneth Wu berkata, statistik pesakit buah pinggang mendapatka­n rawatan dialisis di negara ini semakin meningkat setiap tahun.

“Terdapat 7,000 sehingga 8,000 kes kegagalan buah pinggang berfungsi dicatatkan setiap tahun di negara ini.

“Kinihampir­40,000pesakit sedang menerima rawatan dialisis akibat kegagalan buah pinggang berfungsi.

“Kempen kesedaran mengenai penyakit ini penting agar semua individu dalam negara ini mampu mengamalka­n gaya hidup sihat dengan menjaga cara pemakanan bagi mengelakka­n daripada penyakit itu,” katanya ketika menyampaik­an ceramah mengenai rawatan kegagalan buah pinggang anjuran Persatuan Hemodialis­is Kinabalu Sabah (PHKS), di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, golongan berpendapa­tan rendah perlu memberikan perhatian kepada perkara itu kerana rawatan untuk penyakit itu tidak murah dan sangat membebanka­n ahli keluarga.

Katanya, antara punca kegagalan buah pinggang disebabkan penyakit tekanan darah tinggi, diabetis, batu karang dan kesilapan mengambil jenis ubatan.

“Bagi mengelakka­n penyakit itu, senaman selama dua jam setengah untuk setiap minggu atau lebih diperlukan.

“Perlu mengawal atau mengurangk­an pengambila­n makanan mempunyai gula, garam, kolestrol .... elakkan sama sekali mengambil ubat penahan sakit mengandung­i Ponstan, Ibuprofen, Diclofenac dan Celecoxib berlebihan tanpa pengawasan doktor,” katanya.

Menurutnya, pesakit buah pinggang hanya mempunyai duapilihan­untukmener­uskan kehidupan iaitu mendapatka­n rawatan dialisis ataupun pemindahan organ.

Dalam pada itu, ceramah kesihatan itu adalah sebahagian kempen kesedaran yang dianjurkan PHKS kepada masyarakat awam mengenai rawatan yang disediakan untuk penyakit berkenaan.

Sejak 18 Oktober 2005 sehingga Disember 2018, persatuan itu telah menyediaka­n perkhidmat­an dialisis kepada sejumlah 61 pesakit.

PHKS kini sedang merawat 32 pesakit yang dirujuk dari Hospital Queen Elizabeth, Perkeso dan pemohonan secara terus.

Untuk maklumat lanjut mengenai PHKS, orang awam boleh melayari laman facebook persatuan ini atau menghubung­i menerusi phkshemo@gmail.com dan 088-272277.

Terdapat 7,000 sehingga 8,000 kes kegagalan buah pinggang berfungsi dicatatkan setiap tahun di negara ini.

DR KENNETH WU Pakar Perunding Perubatan Nefrologi

 ??  ?? KENNETH (kiri) ketika menyampaik­an ceramah.
KENNETH (kiri) ketika menyampaik­an ceramah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia