Utusan Borneo (Sabah)

Skop tugasan khas untuk Cameron Highlands dan Lojing sedang dibuat

-

Kementeria­n Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) sedang merangka satu skop tugasan khusus untuk tanah tinggi Cameron Highlands dan Lojing di Kelantan sebelum dibentangk­an dalam satu mesyuarat Majlis Kanun Tanah Negara pada April nanti.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr A Xavier Jayakumar berkata untuk itu, satu pasukan petugas khas telah diwujudkan bagi menyiapkan isu penceroboh­an, mengenal pasti cerun berbahaya dan menentukan penguatkua­saan undang-undang yang setimpal bagi mencegah penerokaan tanah daripada terus berleluasa.

Kata beliau, pihaknya memandang serius akan perkara itu berikutan kerajaan telah berbelanja besar seperti membuat program mitigasi tanah runtuh dan banjir di Cameron Highlands namun kurang mendapat kerjasama daripada kerajaan negeri.

“Kalau kementeria­n belanja RM400 juta seperti di projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Ringlet, tetapi ada penceroboh­an tanah untuk tujuan pertanian tanpa kelulusan, tanpa TOL (lesen pendudukan sementara), berapa pun kita belanja untuk atasi masalah ini tidak akan tercapai.

“Oleh sebab itu, kita wujudkan satu ‘task force’ dan ia disertai KATS, kerajaan negeri Pahang dan Kelantan, Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pejabat Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabat tapak rancangan tebatan banjir Lembah Bertam - Sungai Ringlet di sini pada Sabtu.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi DAP Pahang M. Manogaran yang diumum sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, 26 Jan ini.

Jelas Xavier, tujuan pihaknya mewujudkan pasukan petugas khas itu bagi melihat aspek secara holistik, satu kefahaman yang mana program-program yang dilakukan dari sekarang perlu ada kelulusan dan orang yang ditugaskan melakukan kerja harus bertanggun­gjawab.

Dalam pada itu, beliau turut memberitah­u pihaknya telah mengadakan kajian keseluruha­n oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) untuk jabatan-jabatan lain menggunaka­n kajian berhubung pengurusan dan situasi cerun di Cameron Highlands yang telah dibuat.

Xavier kemudianny­a turut dibawa ke perkampung­an Orang Asli Sungai Tiang di Ringlet di sini dan diberikan taklimat berhubung pelan kajian tanah dan kerja-kerja pembaikan cerun dan sistem perparitan untuk cerun kritikal di kampung itu. -Bernama

 ??  ?? XAVIER (dua,kanan) melihat pelan Kajian Tanah dan KerjaKerja Pembaikan Cerun dan Sistem Perparitan untuk cerun kritikal di Kampung Orang Asli Sungai Tiang pada Sabtu. -Gambar Bernama
XAVIER (dua,kanan) melihat pelan Kajian Tanah dan KerjaKerja Pembaikan Cerun dan Sistem Perparitan untuk cerun kritikal di Kampung Orang Asli Sungai Tiang pada Sabtu. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia