Utusan Borneo (Sabah)

Bina sejuta unit rumah mampu milik

Dirancang dalam tempoh 10 tahun

-

GEORGE TOWN: Kementeria­n Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merancang untuk membina sejuta unit rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun dalam usaha membantu orang ramai terutama golongan berpendapa­tan rendah memiliki rumah sendiri.

Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata KPKT akan menyelaras semua projek perumahan di bawah Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dan membina 100,000 unit rumah setahun bermula tahun ini.

“Ia merangkumi rumah mampu milik untuk semua terutama bagi golongan berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40) supaya mereka (B40) memiliki rumah yang sesuai untuk didiami dan boleh dianggap sebagai tempat sekeluarga berteduh.

“Lokasi dan jumlah unit rumah di setiap negeri akan ditentukan dalam masa terdekat selepas pihak kami mengadakan perbincang­an dengan kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Hartanah Pulau Pinang 2019, di sini pada Sabtu.

Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Datuk Soam Heng Choon.

Zuraida berkata KPKT juga dalam perbincang­an dengan beberapa institusi kewangan dalam usaha untuk menawarkan beberapa inisiatif bagi memudahkan golongan B40 memiliki rumah antaranya skim sewa dan beli serta skim bank.

“Pembeli terutama golongan berpendapa­tan rendah ini mampu untuk membayar bulanan tetapi agak susah untuk membayar deposit kerana memerlukan wang yang banyak, jadi kami sedang mengadakan perbincang­an dengan institusi kewangan bagi mencari jalan penyelesai­an.

“Kami juga sudah bincang dengan Bank Negara Malaysia dan pelabur perumahan yang bersetuju untuk tampil membantu menyediaka­n skim pembiayaan bagi membolehka­n pemohon mendapat kelonggara­n pinjaman,” katanya.

Sementara itu, Zuraida menafikan jumlah 100,000 unit rumah yang akan dibina setiap tahun itu akan menambah kepada jumlah lambakan rumah tidak terjual yang sekarang kini sebahagian besarnya kategori mampu milik.

Katanya unit kediaman yang tidak terjual sebelum ini akan cuba dijual menerusi ekspo pemilikan kediaman yang diadakan bermula bulan ini.

“KPKT, REHDA dan pemaju sudah berunding untuk mengadakan ekspo pemilikan kediaman seperti yang pernah dianjurkan sebelum ini bagi menjual rumah-rumah itu kepada orang ramai,” katanya.

Ia merangkumi rumah mampu milik untuk semua terutama bagi golongan berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40) supaya mereka (B40) memiliki rumah yang sesuai untuk didiami dan boleh dianggap sebagai tempat sekeluarga berteduh.

ZURAIDA KAMARUDDIN Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

 ??  ?? ZURAIDA
ZURAIDA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia