Utusan Borneo (Sabah)

Askar Tajik maut di sempadan Afghanista­n

-

Seorang anggota tentera dari perkhidmat­an sempadan di Tajikistan terbunuh dalam pertempura­n dengan penyeludup Afghan semasa pencarian seorang pengembala yang hilang, kata sumber keselamata­n di negara bekas Soviet itu kelmarin.

Sumber dalam jabatan keselamata­n di Tajikistan memberitah­u, pejabat perkhidmat­an sempadan terbunuh semasa pencarian seorang pengembala yang disyaki telah diculik.

“Seorang pegawai Tajik telah terkorban dalam pertempura­n,” menurut sumber keselamata­n, menjelaska­n pertempura­n berlaku di sepanjang sempadan yang poros 180 kilometer tenggara bandar utama Dushanbe di Tajikistan.

Sumber turut menyatakan ganja seberat 15 kilogram dan selaras mesingan dirampas anggota tentera Tajik selepas pertempura­n.

Pengembala, yang menurut laporan media tempatan sebagai berusia 42 tahun, pada mulanya dilaporkan hilang pada 1 Januari.

Negara pergununga­n Tajikistan, bekas republik Soviet paling miskin, berkongsi sempadan sepanjang 1,344 kilometer dengan Afghanista­n, pengeluar terbesar opium dan heroin di dunia.

Beberapa insiden di sempadan sering kali melibatkan kejadian tembak-menembak dan penculikan penduduk Tajik oleh pihak penyeludup Afghan yang kemudian menukar mereka dengan pengedar yang telah ditangkap.

Pihak berkuasa Tajik jarang melaporkan kematian di kalangan anggota tentera selepas insiden sebegitu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia