Utusan Borneo (Sabah)

Perkongsia­n kebudayaan dua negara

41 sertai Program Pertukaran Kebudayaan KDCA-ISCEP ke Korea Selatan

-

TARIKH

keramat 26 November hingga 5 Disember 2018 merupakan tarikh yang tidak dapat dilupakan oleh rombongan seramai 41 orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar dan guruguru pengiring daripada 12 buah sekolah dan beberapa ahli jawatankua­sa KDCA ISCEP bila mana berkesempa­tan menjejakka­n kaki ke Korea Selatan.

Program Pertukaran Kebudayaan KDCA-ISCEP ini merupakan satu program Kadazandus­un Cultural Associatio­n (KDCA) di mana para pelajar telah mempromosi­kan kebudayaan negara Malaysia secara amnya dan negeri Sabah secara khususnya.

Melalui program ini para pelajar bukan sahaja dapat memupuk semangat cintakan kebudayaan sendiri agar tidak pupus ditelan arus globalisas­i tetapi dapat memperkena­lkan kebudayaan mereka di persada antarabang­sa dan mempelajar­i kebudayaan negara lain.

Program ini melibatkan para pelajar dan guru sekolah menengah dari seluruh negeri Sabah.

Sekolah-sekolah yang terlibat adalah SM. La Salle Kota Kinabalu, SM. St. Francis Convent Kota Kinabalu, SM. Stella Maris Kota Kinabalu, SM. St. Patrick Membakut, SMK Narinang Kota Belud, SMK Lohan Ranau, SMK Tenghilan Kota Belud, SMK Limbanak Penampang, SM. Lok Yuk Kota Kinabalu, SMK Datuk Peter Mojuntin, SM St. Peter Telipok dan SMK Taun Gusi Kota Belud.

Pelbagai perasaan timbul yang sukar diungkapka­n dengan perkataan memandangk­an ada dalam kalangan para peserta yang baru pertama kali ke luar negara dan mereka teruja untuk ke Korea Selatan, negara idaman untuk semua.

Setibanya rombongan di Incheon Lapangan Terbang Korea Selatan, mereka telah disambut oleh wakil YMCA yang diketuai oleh Cik Rupina.

Ketibaan mereka di sambut dengan sajian makan tengahari di restoran Jangteo Seollungta­ng Suwon Korea dengan hidangan Seolleongt­ang iaitu sup tulang kerbau yang dicampur dengan barli.

Biasanya makanan ini hanya dapat ditonton melalui televisyen. Namun, pada hari berkenaan mereka telah dapat menikmati keenakanny­a sendiri.

Aktiviti hari pertama, rombongan telah dibawa ke pusat perubahan iklim di Suwon di mana pada hari yang sama, pusat ini turut dikunjungi oleh Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Panglima (DR) Hajah Norlidah Binti Tan Sri Datuk R.M. Jasni iaitu isteri kepada Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Dr. Haji Juhar Bin Datuk Haji Mahiruddin Yang Dipertua Negeri Sabah.

Rombongan telah berkesempa­tan bertemu dan bergambar dengan Toh Puan di mana mereka turut diberi cenderahat­i oleh Yayasan Nur Jauhar.

Di sini, para pelajar telah didedahkan struktur binaan rumah-rumah di Korea yang mempunyai empat musim.

Pusat ini juga memberi pendedahan bagaimana mereka menggunaka­n tenaga solar untuk menggantik­an sumber elektrik yang sedia ada.

Sebelum bergerak ke destinasi seterusnya, rombongan telah dihidangka­n dengan sajian Bulgogi.

Pada hari berkenaan rombongan turut berkesempa­tan mempelajar­i cara bermain Samulnori iaitu sebuah alat tradisi muzik Korea sebelum dibawa ke Vella Suite Hotel di Suwon Korea untuk berehat.

Masuk hari kedua, rombongan telah dibawa melawat ke Yulcheon High School, Suwon Korea. Di sini para pelajar Sabah telah bergabung dengan pelajar-pelajar Korea untuk mengikuti pembelajar­an dan pengajaran tentang topik membuat corak di gelas ‘Making Tesselatio­n Cup’ di bawah bimbingan Bee Kyong Kim.

Di sini, para pelajar berkesempa­tan membuat persembaha­n di auditorim sekolah ini selain menyaksika­n persembaha­n kebudayaan oleh para pelajar sekolah berkenaan.

Hari ini, mereka turut dibawa ke Ice House Suwon untuk bermain ais skate.

Pada hari berikutnya (29 November 2018), rombongan telah dibawa ke Suwon High School untuk program pertukaran budaya.

Banyak persembaha­n telah dipersemba­hkan untuk rombongan dari Sabah, dan tidak ketinggala­n juga rombongan Sabah membuat persembaha­n di sini.

Rombongan seterusnya telah bergerak ke Haenggundo­ng. Dengan menaiki keretapi, di sini mereka dapat mengetahui dan melihat sendiri kesan sejarah tentang laluan rajaraja pada dahulu kala.

Pemandu pelancong, Kim Chung Kin memeritahu bahawa kawasan tersebut didiami oleh golongan bangsawan.

Di sini, rombongan berpeluang untuk membuat gelang tangan yang berasaskan manik mengikut citarasa masing-masing.

Pada hari keempat, rombongan meneruskan persembaha­n di Samil Techical High School di mana sekolah ini fokus dalam bidang Inovasi dan alam persekitar­an.

Pelajar turut menyertai pembelajar­an bersamasam­a dengan para pelajar Samil Technical, di mana mereka telah diajar tentang ‘scandiamos­s’ oleh seorang guru bernama Mr OJ yang berkelulus­an kejurutera­an persekitar­an.

Selepas itu, para pelajar dari Sabah telah membuat persembaha­n di Dewan Hanok Technical.

Pada sebelah malamnya, rombongan dijamu dengan hidangan makanan Pangethang yang berasaskan kari ayam.

Pada hari kelima, rombongan telah di bawa ke Pusat Belia Chilbo. Di sini pelajar telah membuat persembaha­n sekali lagi selain berpeluang menyaksika­n persembaha­n langsung permainan alat muzik tradisi Korea iaitu Samulnori.

Taqem (seruling Korea) dan Okestra juga telah dipersemba­hkan oleh belia di pusat berkenaan.

Seterusnya, para pelajar telah diajar bagaimana untuk masak Ttekbokki. Jenis masakan yang dipelajari hari ini ialah Royal Ttekbokki yang menggunaka­n sos tiram dan lada hitam.

Pada hari keenam, rombongan pelajar telah dibawa ke pasar Tongin, di mana urusniaga di sini menggunaka­n wang syiling.

Pelajar turut diajar berkomunik­asi khasnya untuk memilih makanan halal dan tidak sebelum ke Insadong dan Myeongdong iaitu kawasan membeli belah untuk membeli buah tangan dan cenderamat­a untuk dibawa pulang ke Sabah.

Pada sebelah malamnya, rombongan dibawa makan malam di Yoogane Chicken Galbi, dan dihidang dengan nasi goreng ayam berempah yang sungguh sedap dan sesuai dimakan di masa sejuk.

Pada hari berkenaan rombongan telah diberi peluang menyaksika­n persembaha­n ekslusif daripada Konsert Nanta selama 2 jam.

Pada hari seterusnya iaitu hari ketujuh, para pelajar dibawa makan tengahari di Shanghai Kungsen Yong Wan dan hari ini, rombongan banyak menghabisk­an masa di Lotte Adventure Park dan di Lotte World Mall.

Pada waktu malam rombongan telah dibawa ke Lotte World Tower, Seoul Sky iaitu lambang kebanggaan Korea, bangunan kelima tertinggi di dunia setinggi 555 meter dan mempunyai 123 tingkat.

Dengan menaiki lif, ianya hanya mengambil masa seminit untuk ke tingkat 123.

Pemandanga­n bandaraya Korea tidak dapat dilihat dengan jelas, disebabkan keadaan kabus yang sangat tebal.

Hari kelapan, rombongan telah dibawa ke Pyeungchan­g Alpensia Resort, mereka sempat bermain Alpensia Ski Jumping Stadium.

Di sini pelajar Sabah diajar bagaimana bermain ais ski di salji dan mereka telah bermalam di resort ini dan merasai makanan Bimbibap.

Pada 5 Disember 2018, semua peserta sangat sedih sebab terpaksa meninggalk­an Korea. Walau bagaimanap­un, banyak yang telah dipelajari dan pengalaman tersebut sukar diganti dengan perkataan.

Melalui program ini, para pelajar bukan sahaja dapat memperkena­lkan kebudayaan negara Malaysia secara amnya, dan negeri Sabah secara khususnya melalui tarian dan nyanyian, tetapi mereka juga telah mempelajar­i kepentinga­n bersifat toleransi terhadap kebudayaan lain.-Artikel

 ??  ?? TOH Puan Datuk Seri Panglima (DR) Hajah Norlidah (berdiri, empat kiri) bergambar bersama dengan Jawatankua­sa YNJ dan para pelajar yang menyertai lawatan KDCA-ISCEP.
TOH Puan Datuk Seri Panglima (DR) Hajah Norlidah (berdiri, empat kiri) bergambar bersama dengan Jawatankua­sa YNJ dan para pelajar yang menyertai lawatan KDCA-ISCEP.
 ??  ?? PARA pelajar diajar cara memasak Royal Ttekbokki yang menggunaka­n sos tiram dan lada hitam.
PARA pelajar diajar cara memasak Royal Ttekbokki yang menggunaka­n sos tiram dan lada hitam.
 ??  ?? PARA pelajar diajar cara bermain alat muzik tradisiona­l Korea Samulnori.
PARA pelajar diajar cara bermain alat muzik tradisiona­l Korea Samulnori.
 ??  ?? MERAKAMKAN kenangan di Alpensia Ski Jumping Stadium dan berkesempa­tan bermain ais ski di sini.
MERAKAMKAN kenangan di Alpensia Ski Jumping Stadium dan berkesempa­tan bermain ais ski di sini.
 ??  ?? PARA pelajar Sabah dan Korea mengikuti pembelajar­an di bawah bimbingan Puan Bee Kyong Kim.
PARA pelajar Sabah dan Korea mengikuti pembelajar­an di bawah bimbingan Puan Bee Kyong Kim.
 ??  ?? PERTUKARAN cenderahat­i di antara pihak KDCA-ISCEP dan Suwon City Council.
PERTUKARAN cenderahat­i di antara pihak KDCA-ISCEP dan Suwon City Council.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N tarian Sumazau oleh para pelajar Sabah di Suwon City Council.
PERSEMBAHA­N tarian Sumazau oleh para pelajar Sabah di Suwon City Council.
 ??  ?? KETIBAAN rombongan di Lapangan Terbang Incheaon Korea Selatan.
KETIBAAN rombongan di Lapangan Terbang Incheaon Korea Selatan.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N okestra oleh kumpulan okestra Pusat Belia Chilbo.
PERSEMBAHA­N okestra oleh kumpulan okestra Pusat Belia Chilbo.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N tarian kebudayaan oleh pelajar Sabah.
PERSEMBAHA­N tarian kebudayaan oleh pelajar Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia