Utusan Borneo (Sabah)

Murray tiba di Terbuka Australia tanpa sertai ' kejohanan pemanas badan

-

Jaguh tenis British, Andy Murray, dilihat akan tiba di Terbuka Australia dengan hanya beraksi dua perlawanan sejak bulan September, berbanding beraksi pada kejohanan persediaan di Sydney.

Pemain kelahiran Scotland itu tewas pada perlawanan pusingan kedua Antarabang­sa Brisbane, yang merupakan kejohanan pertama beliau sejak kembali dari kecederaan.

Namun, berbanding menerima penyertaan wildcard pada kejohanan Antarabang­sa Sydney, Murray memilih untuk terus ke Melbourne untuk membuat persediaan kejohanan Grand Slam pertama musim ini, Terbuka Australia.

Kepulangan beliau selepas proses pemulihan dari kecederaan yang agak lama, beliau memenangi perlawanan pertama minggu ini apabila menewaskan pemain tuan rumah, James Duckworth sebelum tewas perlawanan kedua menentang Daniil Medvedev, yang juga pemain ranking ke-16 dunia.

Namun, dari temu bual yang diberikan sebelum dan selepas perlawanan, ia memberikan persoalan lebih banyak tentang penglibata­n beliau pada kejohanan lain berbanding keputusan kekalahann­ya.

Pemain berusia 31 tahun itu mengakui beliau masih merasai kesakitan di bahagian tulang pinggul dan tidak pasti berapa lama beliau dapat terus bermain.

Beliau mengalami kesakitan yang sama apabila berjalan dan mendapati ia semakin teruk ketika permainan berlarutan.

Pemain nombor satu Britain, Kyle Edmund, juga belum cergas selepas menarik diri dari kejohanan Antarabang­sa Sydney. Pemain berusia 23 tahun itu berjanji untuk “melakukan apa yang beliau mampu” untuk pulih sepenuhnya untuk beraksi di Terbuka Australia, yang bermula 14 Januari ini.

Edmund melangkah ke separuh akhir Terbuka Australia tahun lepas tetapi musim ini, beliau belum bermula dengan baik selepas tewas kepada pemain kelayakan dari Jepun, Yasutaka Uchiyama dari Jepun di Brisbane.

Maria Sharapova juga satu nama besar yang diragui dalam beraksi di Terbuka Australia selepas menarik diri kerana kecederaan pada kejohanan Terbuka Shenzhen di China Jumaat lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia